Thursday, June 26, 2008

Cinta T-Square

~Oleh : Lia Syazliana~

Hidup sebagai pelajar sememangnya amat memenatkan dan membosankan. Kadangkala aku terpikir juga apa gunanya Ijazah jika kualiti hidup lebih rendah daripada seorang pekerja kilang. Pendirian ku dan mama ku amat berbeza sekali, melihat corak kehidupan mama yang mementingkan kerjaya sememangnya amat membosankan ku, aku mendambakan sebuah keluarga yang bahagia disamping adik beradik yang ramai. Apa guna harta berjuta jika hati masih kosong, apa guna syarikat besar jika jiwa tidak berisi. Itulah sebaris ayat yang dapat ku ingati dar pada ceramah Ustaz Hanafi ketika majlis sambutan Maal Hijrah disekolah ku.

Biar aku memperkenalkan diri. Aku, Nur Hazlinda Binti Jamil merupakan pelajar tahun 2 daripada School of Housing Building and Planning, Universiti Sains Malaysia.Major dalam Seni Bina dan berasal dari Kuala Lumpur. Aku merupakan anak tunggal kepada AR Nur Izzah Binti Zakaria dan Muhammad Jamil Bin Murad.Ayah dan mama ku telah berpisah ketika aku berusia 2 tahun dan semenjak itu aku tidak pernah berjumpa dengan ayah ku atau mengenalinya, namun malam-malam ku akan sentiasa ditemani dengan cerita mengenai ayah ku. Mama ku tidak pernah menghasut ku untuk membenci ayah, malah mama akan bercerita mengenai kebaikan dan kemuliaan ayah.Mama ku merupakan seorang Arkitek yang berjaya di Kuala Lumpur dan mengikut kata mama,ayah ku juga merupakan seorang arkitek.

“Apa kamu buat disini? Kamu tahu tak sekarang dah pukul berapa sekarang dan kamu baca tak peraturan studio?”

Sedang asyik mengelamun tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu teguran. Sambil mengurut dada, ku lihat seorang lelaki yang sebaya mamaku berdiri disebelah ku..

” Maafkan saya tuan, saya sedang siapkan lukisan exhibition hall sampai tak sedar yang dah pukul 1 pagi, maaf tuan saya akan balik sekarang”ucapku sambil menundukkan kepala.

” Kamu tahukan yang studio ini hanya boleh digunakan sampai pukul 12.00 pagi? Bagaimana kamu nak balik sedangkan jalan dah gelap? Kamu seorang perempuan patutnya kamu jaga diri baik-baik. Bahaya duduk studio seorang-seorang waktu gelap macam ni. Kamu duduk di desasiswa mana?

Maafkan saya tuan, saya tak sedar waktu berlalu. Lukisan saya masih belum siap sedangkan tarikh penghantaraan adalah hari esok. Maafkan saya tuan, saya balik dulu. Ucapku, sambil tangan ku sibuk mengemaskan barang-barang ke dalam beg dan terus berlalu.

Nanti dulu.. t squre kamu ni nak bagi kat saya ke? Soal lelaki tersebut. Sambil memegang t squre ku yang tertinggal.

Aku yang dah sampai ke muka pintu berpatah balik untuk mendapatkan t squre atau digelar sebagai pedang samurai oleh pelajar dari sekolah lain. Ciss tak guna betul pedang samurai ni, macam mana aku leh lupa, guman ku dalam hati.

” Saya Tanya kamu, kamu duduk kat desasiswa mana dan siapa nama kamu?”

Saya tinggal di desasiswa Restu nama saya Nurul Hazlinda, jawab ku teragak-agak kerana takut di marahi lagi.

“Jom saya hantar awak pulang, hari dah gelap, tak kan awak nak jalan kaki sejauh 2 km”

Apabila melihatku yang serba salah atau lebih tepat dikatakan aku takut untuk mengikutnya, lelaki tersebut memperkenalkan dirinya.

“Saya Profesor Dr Muhammad daripada studio arkitek five year, saya tahu awak takut dengan saya, jangan risau kalau saya buat benda yang tak baik awak boleh buat report pada Naib Dekan”

Aku memberanikan diri untuk meminta sedikit komen mengenai lukisan ku setelah yakin dengan statusnya.Walaupun rambut Prof telah di penuhi uban, namun bagiku Prof ini amat kacak. Kalulah Prof ni ada anak lelaki mesti sesuai untuk ku, ngomel hati kecil ku.

Dalam tak sedar, Prof Muhammad mengajar ku sehingga lewat jam 4 pagi. Setelah itu Prof menghantar ku pulang ke desasiswa. Lega rasanya apabila lukisan telah siap, inilah corak kehidupan pelajar seni bina, esok hari penghantaraan hari ni lukisan kena reject. Entah kali ke berapa punya reject pun tak ingat.

Tahniah Lin, lukisan kamu kali ni amat membanggakan, kamu memang ada bakat melukis. Parents kamu arkitek juga ke Lin? Soal Dr Murni, sewaktu melihat lukisan ku. Aku hanya diam tersenyum tanpa meniyakan atau menafikan.

” Lin semalam kau balik pukul berapa, Kau balik naik apa dan dengan siapa? Soal Irma bertubi.

Aku balik kul 4 pagi, ada lecture tolong hantar aku balik, dah kau balik naik motor dengan Fariz terpaksalah aku seorang. Jawab ku acuh tak acuh kerana keletihan.

Sorry Lin, balak aku tu risau kalau aku balik jalan kaki, lagipun masa aku ajak kau balik dah pukul 9 malam kau tak mahu. Kau tahu kan jalan dekat library Hamzah Sendut 2 tu sepi. Kau pun satu Lin aku suruh kau couple dengan Nizam, kau tak mau, kalau tak senang kau nak ulang alik studio waktu malam.

Sorry ah Irma, kalau aku nak couple semata-mata nak mudah ulang alik studio, baik aku minta Mama aku belikan skuter atau kenari. Jawabku sambil mengatur langkah menuju ke bus stop.

Study week selama dua minggu ini tidak ku perisa-siakan begitu sahaja. Mama menyuruh ku pulang belajar di rumah, katanya dia akan memanggil arkitek yang paling bagus dalam company nya untuk mengajar ku, aku hanya tersenyum mendengar idea mama. Mungkin mama masih menganggap aku memerlukan tutor seperti waktu SPM. Bagi ku, study week ini merupakan waktu puasa, yalah aku perlu puasa dari menlayari internet, puasa dari dari mendengar radio dan sebaginya. Jika pelajar lain memilih perpustakaan untuk belajar, namun aku memilih pondok kecil di atas bukit sebagi tempat ku belajar. Bersebelahan dengan pejabat Hal Ehwal Pelajar tempat itu sememangnya sunyi dan tenang. Aku boleh melihat lautan dan jambatan pulau pinang, hari ini aku datang menapak seawal pagi. Sedang aku tekun membaca buku management tiba-tiba aku disapa oleh satu suara.

“Adik boleh saya tumpang duduk sini, sekejab je”

Aku menoleh melihat manusia yang menegur ku, lalu mengangguk sambil menyusun buku-buku ku yang memenuhi pondok tersebut lalu menyambung pembacaan ku. Ku lihat lelaki tersebut mengeluar sebuah buku lakaran dan melakar panorama pualu dan lautan. Dalam hati aku memuji kehandalan lelaki ini, dia tidak memerlukan masa yang lama untuk memulakan lukisan.

Entah berapa lama masa berlalu, tiba-tiba telefon bimbit ku berdering ku lihat wajah mama terpapar di muka skrin. Aku bangkit dan beredar menjauhi lelaki tersebut untuk menjawab panggilan mama, bukan niat ku tak mahu dia dengar butir bicara kami, namum aku tau kebisingan akan mengganggu tumpuan nya terhadap lukisan. Setelah habis berbual aku kembali ke pondok tempat ku belajar, ku lihat lelaki tadi telah tiada, namun sehelai kertas lakaran bersaiz A3 dikepilkan antara 2 buku ku. Alangkah terperanjatnya aku apabila lelaki tadi melukis gambar ku ketika aku sedang kusyuk belajar. Sungguh cantik lukisan ini, aku memegang sebuah buku sambil duduk di pondok bertentangan dengan laut dan jambatan Pulau Pinang. Aku tersenyum puas melihat lukisan itu dan aku yakin bahawa lelaki tadi merupakan pelajar dari sekolah seni.

Selamat sudah aku menempuhi peperiksaan akhir, esok pagi aku akan berangkat balik ke Kuala Lumpur. Sedang aku mengemaskan pensil dan pen, tiba-tiba aku teringatkan lukisan yang diberi oleh lelaki tersebut. Dengan pantas aku menyusun langkah untuk ke pondok tersebut, bertuah aku kerana Sekolah ku berhampiran dengan tempat tersebut namun yang malangnya aku harus mendaki bukit.

” Tundukkan badan anda kepada 30 darjah, goyangkan pinggul anda kepada 180 darjah dan hayunkan kaki anda seperti seorang model”

Aku tersenyum apabila mengingati cara memanjat bukit yang dia ajar oleh Lia. Sungguh nakal sahabat ku itu. Tahun hadapan sahabat ku itu akan bergelari garduan dalam bidang kehakiman daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Setibanya aku disana, ku lihat ada sesusuk tubuh yang sedang berehat di pondok itu, setelah ku amati lelaki itulah yang melukis gambar ku seminggu yang lalu.

“Assalamualaikum ucap ku perlahan”..

“Waalaikumsalam, saya tau adik mesti datang hari ni. Hari ni last paper kan? “

“Macam mana awak tau hari ini last paper saya?”

Lelaki tersebut hanya tersenyum mendengar pertanyaan aku.

“Anyway nama saya Rizal Radzi, boleh panggil saya Rizal.”

“Saya Nurul Hazlinda Jamil, panggil saya Lin.”

“Student architecture second year kan? Sambung nya. Saya student Architecture forth year, maknanya saya senior lah” sambung nya sambil tersenyum.

Aku hanya tersenyum tak tahu apa yang harus aku katakan.

“Terima kasih sebab bagi saya lukisan tu” ucap ku perlahan antara dengar dan tak dengar. Ku lihat Rizal hanya tersenyum sambil melemparkan pandangan kea rah laut.

“Adik balik mana nanti”soal Rizal?

Aku hanya menelan air liuh apabila perkataan “adik” menjadi gelaran ku. Sedangkan aku masih bersaya awak, kerana aku tidak biasa untuk memanggil abang.

“Saya balik Kl esok” ucap ku sepatah.

“Ooooo…orang Kl lah ni, saya lihat adik ni selalu jalan seorang-seorang. Adik tak ada kawan ke?”

Aku hanya mampu tersenyum mendengar soalan tersebut. Memang aku akui aku tidak mempunyai ramai kawan namum aku masih mempunyai kawan.

“Saya lain, saya tak seperti student lain. Saya ni orang Kl, tak pakai tudung dan dari broken famili. So saya bukan lah seorang kawan yang baik”.Ujar ku sambil tunduk. Sejak mula aku menjejakkan kaki ke USM ini, penilaian pertama yang ku terima ialah gadis KL semuanya social dan tidak mempunyai agama. Tambahan pulu dengan gayaku yang tidak bertudung makin menimbulkan perbagai tanggapan negatif. Ku lihat Rizal hanya tersenyum mendengar penjelasan ku.

“Napa awak senyum-senyum ni?” Cerita saya ni klakar ke?

“Tak adalah dik, hairan betul budak-budak zaman sekrang dah masuk Univeristi pun mentality masih tak matang. Tapi saya rasa adik yang mengelak untuk berkumpul dengan diaorang. Saya selalu tengok adik dari studio forth hundred, adik pergi kelas seorang-seorang, jalan seorang-seorang dan sekali sekala je budak perempuan yang pakai tudung tu temankan. Saya tau adik ada alasan tersendiri, tapi sebagai senior saya nasihat adik supaya bergaul sebab dalam school kita ni perlukan kemahiran berkomunikasi. Ok lah dik, dah pukul 2 ni, saya ada paper 15 minit lagi, doakan saya berjaya”.

Keesokkan harinya sebelum balik ke KL aku meminta mama untuk singgah di Sekolah dulu, aku ingin mengucapkan terima kasih Pada Prof Muhammad kerana membantu ku. Ketika turun daripada kereta aku terserempak dengan Prof Muhammad dan Rizal yang sedang berbincang sesuatu di wakaf, aku segera menghampiri mereka dan memohon untuk bercakap dengan Prof Muhammad.

“Prof saya nak balik Kampung sekarang, saya datang kerana nak ucapkan ribuan terima kasih pada Prof.”

“Tak apalah, lagipun anak saya pun baya-baya awak. Ingat jaga diri elok-elok semesta depan jangan duduk studio selepas 12 pagi. Saya tak akan mengajar awak melainkan awak sambung ke peringkat forth and fifth year, tapi jika awak perlukan nasihat saya sedia membantu. Lagi satu Lin, saya rasa muka awak amat familiar. Rasa macam saya selalu nampak.”

Aku hanya tersenyum mendengar ucapan Prof Muhammad, sekurang- kurangnya Prof sudi membantu ku jika aku perlukan bantuan.

“Ok lah Prof saya balik dulu, lagipun mama saya dah tunggu saya tu, pinta ku sambil menunjuk kearah mama yang sedang berdiri di tepi kereta.”

Prof Muhammad mengangguk sambil memandang kearah mama.

“Rizal, gambar-gambar wanita yang ada dekat studio room awak tu gambar Hazlinda kan?” Soal Prof sewaktu dia kembali menemui Rizal.

Rizal hanya tunduk mengangguk..

“Rizal.. Hazlinda tu anak saya, jadi saya tak mahu awak mengorat atau bercinta dengannya sewaktu dia masih belajar. Jika awak betul-betul menyukainya, selepas dia graduation awak cubalah melamar dia.”

Rizal yang tekun mendengar terkejut dengan pengakuan Prof Muhammad. What Lin is Prof Muhammad daughter? Soalnya kembali

“Rizal make it secret,” arah Prof Muhammad sewaktu melangkah meninggalkan Rizal.

———————————–

Alangkah gembiranya hati melihat keputusan ku kali ini. 3.48. Walaupun aku gagal untuk memperolehi sijil dekan, namun ini merupakan satu peningkatan yang besar bagi diri ku sendiri. Tahun ini aku bergelar third year student, tahun terakhir ku untuk bergelar seorang siswazah. Namun aku hairan Rizal dah tidak menegur ku lagi, walaupun kadang kala kami berselisih. Aku hanya melihat pergerakkannya dengan penuh tanda Tanya. Mungkin dia telah berpunya bisik hati kecil ku..arrghh…. persetankan semuanya, lagipun Rizal tidak pernah menabur janji atau bermadah cinta dengan ku. Mungkin hati ku ini terlalu cepat untuk menilai sebuah perhubungan.

Masa berlalu dengan begitu pantas, makin hari makin kerap aku menerima bunga dari Nizam dan telah heboh satu sekolah bahawa aku dan Nizam telah berpasangan. Namun aku hanya diam, malas ingin mengambil tahu. Perlukah bercinta jika akhirnya bernikah dengan Insan lain. Hari makin hari aku makin merindui Rizal, kadang kala tanpa ku sedari kaki ku melangkah masuk ke studio five hundred untuk menemuninya. Namun sejurus aku tersedar dengan kekhilafanku aku segera membatalkan niat ku.

“Lin, saya minta kamu untuk ambilkan model galeri seni yang senior fifth year kamu buat untuk projek semesta lepas”, pinta DR Amran. Aku hanya mengangguk sambil memulakan langkah. “Nizam, awak ikut Lin” pinta Dr Amran lagi.

Sewaktu tiba di studio five hundred aku amat terkejut melihat keadaannya, studio two hundred dan three hundred kami berpuluh-puluh kali lebih bersih dan teratur daripada studio ini. Namun tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatian ku, sewaktu aku sedang menuju ke arah rak pameran, aku melalui sebuah room yang amat kemas dan cantik. Penggunaan ruang yang baik dan kombinasi warna putih, hitam dan unggu amat menyerlahkan room itu. Aku memberanikan diri, memasukinya dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat gambar potret ku memenuhi segenap ruang. Ketika sedang aku leka melihat potret aku, aku disapa oleh pemiliknya.

“Awak buat apa kat room saya? Awak tak nampak ke word no entry ni?” Soalnya garang.

Aku terkejut dan terus memohon maaf, namun sebaik sahaja aku memusingkan badan berhadapan dengan pemiliknya aku terkejut.

Rizal??? kata ku sepatah

“Baik awak keluar sekarang”.

Itulah ayat yang ku dengar. Perkataan awak itu melambangkan jarak kemesraan kami. Jika dahulu aku di panggil adik, kini aku hanya di panggil awak.

Aku tersentap tatkala Nizam menarik tangan ku dan membawa ku keluar dari studio itu. Air mata ku meleleh, namun aku sendiri tidak pasti untuk apa. Hati ku sakit seumpama dihiris-hiris dan di saat itu aku berjanji akan menghilangkan perasaan ku terhadap Rizal.

Setahun telah berlalu, hari ini aku akan menerima ijazah Sarjana Muda ku. Ku lihat mama tersenyum bangga ketika ku mengenakan jubah berwarna unggu tersebut disamping topi yang menjadi idaman setiap pelajar.

Setelah menerima Ijazah Sarjana Muda ku, aku meminta mama untuk mengambil gambar bersama sebagai tanda kenangan. Ketika kami sedang bersiap sedia untuk bergambar tiba-tiba Prof Muhammad datang menyertai kami, aku tergaman namun hanya tersenyum.

Lin, kenalkan ayah Lin, Muhammad Jamil Bin Murad ujar mama setelah kami selesai mengambil gambar.

Aku hanya tersenyum hambar, aku kaku dan tak tahu apa yang perlu dilakukan. Yang pasti air mata ku menitis dengan tidak henti, aku sendiri tidak pasti dengan perasaan ku. Aku tidak pernah berdendam dengan ayah, namun aku juga tidak pernah mengharap ayah ku kembali.

Kini ayah ku berada di hadapan ku, dengan pandangan yang penuh dengan kasih. Tanpa ku sedari aku memeluk tubuhnya sambil mengangis. Aku ingin melepaskan segala rinduku selama 22 tahun. Aku ingin ayah tahu bahawa aku amat mengasihinya walaupun dia tiada disisi ku. Aku ingin melepaskan keperitan bicara kawan-kawan yang mengatakan bahawa ayah ku seorang yang tidak guna dan tidak bertanggungjawab dan yang pasti aku ingin memberitahu dunia yang akau masih mempunyai ayah.

Ayah ku memohon maaf yang teramat kerana meninggalkan kami beranak, kini baru aku ketahui bahawa perkahwinan orang tua ku tidak mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak. Dengan pengaruh datuk dan nenek ku, mereka dipisahkan dengan pelbagai cara. Oleh sebab itu mama tidak pernah membenci ayah atau mengajarku untuk membenci ayah.

Ketika kami dalam perjalanan pulang dari majlis konvokesyen ayah ku telah memberiku sekeping nota.

Saya tunggu awak di tempat biasa. Saya berharap awak akan datang walau sekejab.

Rizal Radzi

Aku memohon kebenaran mama untuk berjumpa kawan sebentar dan terus berlari menuju kearah pondok. Banyak mata-mata yang memandang ku, mungkin mereka hairan mengapa aku berlari sambil memakai jubah. Namun itu semua tidak ku perdulikan, destinasi ku sedang menunggu ku dan aku harus cepat.

Sewaktu tiba di pondok, ku lihat Rizal juga masih mengenakan jubah konvokesyen. Aku duduk menghadap laut, mencari ketenangan disamping menghilangkan lelah penat berlari. Ku lihat Rizal tidak berganjak dari tempatnya. Setelah lama menanti keadaan masih lagi sepi. Aku kecewa, Rizal lansung tidak memandang ku dan aku seolah-olah tidak wujud di situ. Lalu ku putuskan untuk beredar sebelum air mata ku menitis kembali. Ketika aku berdiri untuk melangkah pergi, tanganku di tarik oleh Rizal dan dia mengarahkan aku untuk duduk kembali. Kemudian Rizal memberiku t squre sambil melutut di hadapan ku, aku terkesima dan tidak paham dengan situasi yang berlaku. Namun setelah ku amati t squre tersebut terdapat catatan

Saya cintakan awak, sudikah awak menerima saya.

Aku tersenyum dan hampir ketawa, namum melihat keadaan Rizal aku segera bangun dan duduk bersimpu searas dengan nya.

Saya pun cintakan awak, jika awak sudi terima saya begitu juga dengan saya. Ucapku sambil tunduk malu.

Jika wanita-wanita lain menerima cincin, bunga atau coklat ketika di lamar, berbeza dengan ku. Aku dilamar dengan menggunakan t squre yang merupakan alatan yang paling peting bagi seorang arkitek. Sebagaimana arkitek memerlukan t squre di dalam lukisannya, ku harapkan begitu juga Rizal memerlukan aku di dalam hidupnya.


Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

No comments: