Tuesday, July 8, 2008

PERPISAHAN TERASING

PERPISAHAN TERASING
Oleh Mohamad Faiz Bin Nordin

Kokokan ayam memecahkan hening pagi. Azri terjaga dari lamunan mimpi yang indah. Seperti biasa, Azri mengemas katil bujangnya sebelum bersiap ke sekolah. Selepas menikmati lempeng pisang dan air teh, Azri mengucup tangan ibu dan bapanya. Perkara itulah yang sering dilakukan oleh Azri sebelum ke sekolah bagi mendapatkan restu. Bapanya, Pak Mat dan ibunya, Mak Leha merupakan pesara guru yang senantiasa berdoa dan berharap agar anak bongsunya itu mengikuti jejak langkah anak-anaknya yang lain yang berjaya mendapat segulung ijazah.

Azri merupakan pelajar yang agak cemerlang dalam pelajaran. Pada peperiksaan percubaan SPM baru-baru ini, Azri mendapat keputusan 6A dan kesemua matapelajaran yang diambil mendapat kredit kecuali matapelajaran Sains yang hanya mendapat gred 7. Baginya Sains merupakan pelajaran yang paling dibenci. Entah mengapa, dia sendiri tidak tahu. Sejak beberapa hari, Azri kelihatan suram. Perasaan risau semakin mencengkam dirinya. Mungkin akibat tekanan psikologi yang dihadapi oleh Azri kerana peperiksaan yang akan mencorakkan dirinya bakal menjelang hamper seminggu lagi.

Keadaan Azri disedari oleh rakan baiknya, Zulkifli. Zulkifli yang mengambil berat tentang Azri ingin mengetahui masalah yang dihadapi oleh Azri.
"Azri, kenapa kau muram sahaja?" Tanya Zulkifli ketika pulang dari sekolah.
"Tak ada apa-apalah, Zul. Aku macam biasa sahaja," balas Azri yang tidak mahu masalah yang dihadapinya diketahui oleh Zulkifli.
"Kau jangan tipu, Azri. Kita sudah lama berkawan. Mana yang boleh aku tolong, aku tolong," pintas Zulkifli.
"Betul. Ada-ada saja kau ni Zul. Aku sihat la. Kalau aku ada masalah mesti aku tak lupa nak cerita pada kau," nafi Azri.

Mereka berdua tiba di rumah Zulkifli. Zulkifli melambai-lambai ke arah Azri yang keseorangan pulang ke rumahnya yang hanya terletak 500 meter dari rumah Zulkifli. Apabila tiba di rumah, Azri menjamah hidangan tengah hari yang disediakan ibunya. Gulai nenas ikan masin dan ayam masak merah menjadi santapan Azri tengah hari itu. Entah mengapa Azri cukup berselera menimati makanan kesukaannya itu. Kehidupan Azri diteruskan dengan mengulangkaji matapelajaran Matematik Tambahan yang merupakan matapelajaran yang amat diminatinya.

Menjelang tiga hari sebelum peperiksaan SPM, Azri seperti biasa pergi ke sekolah pada awal pagi bersama Zulkifli. Tiba-tiba di pertengahan jalan, Azri rebah lalu sujud ke bumi. Zulkifli yang tercengan bingkas menahan sebuah kereta dan menghantar Azri ke hospital. Sejurus tiba di hospital, Doktor Marina sedaya upaya merawat Azri. Alhamdullilah Azri telah sedarkan diri. Walaubagaimanapun, Zulkfli telah dipanggil oleh Doktor Marina.
"Awak ni kawan azri kah?" Tanya Doktor Marina.
"Betul puan doktor, saya kawan baiknya," jawab Zulkifli

"Beginilah, perkara yang saya ingin beritahu kepada awak telah diketahui oleh Azri. Alhamdulillah, Azri dapat menerimanya. Sebagai seorang doktor yang bertanggungjawab, saya ingin memberitahu awak tentang perkara ini tapi awak terpaksa berjanji dengan saya dan Azri yang awak tidak akan memberitahu kepada sesiapa termasuklah keluarga awak dan keluarga Azri. Sebenarnya di dalam otak Azri, ada ketumbuhan yang amat besar. Ia tidak dapat diselamatkan lagi. Nyawa Azri sudah berada di hujung tanduk. Dia akan bergelumang dengan maut pada bila-bila masa," jelas Doktor Marina yang membuatkan Zulkifli tersentak.
"Apa doktor? Apa yang doktor cakapkan ni? Saya tak percaya perkara ni berlaku kepada Azri. Saya tak percaya!!!" bentak Zulkifli.
"Betul Zulkifli. Awak terpaksa menerima hakikat ini. Kalau awak sayangkan Azri dunia dan akhirat, tolong gembirakan dia sebelum ajal menjemputnya," pinta Doktor Marina.
"Berapa lama jangka hayat Azri, doktor?" Tanya Zulkifli.
"Bila-bila masa sahaja, Zulkifli," jelas Doktor Marina.

Selepas bertemu Doktor Marina, Zulkifli membawa Azri pulang ke rumah. Semasa di dalam perjalanan, Azri meminta sesuatu daripada Zulkifli.
"Zul, tolong janji dengan aku jangan beritahu mengenai apa yang aku alami kepada sesiapa pun termasuklah keluarga aku dan lia. Tolong aku, Zul. Kalau kau sayangkan aku, turutilah permintaan terakhir aku ini. Sekali sahaja, Zul," rayu Azri.

Setibanya di rumah, Azri terus masuk ke biliknya dan menangis teresak-esak. Bagi dirinya, dunia sudah gelap dan percaya ajal akan menemuinya pada bila-bila masa sahaja. Ibu dan bapanya tidak menyedari keadaan anaknya itu. Pada malamnya, Azri bercadang untuk menelefon Lia, teman wanitanya. Lia ialah seorang pelajar tingkatan empat di salah sebuah seolah berdekatan sekolah Azri. Mereka telah menjalinkan hubungan sejak setahun lepas. Selama ini, Lia lah yang menjadi pendorong dan pemberi semangat kepada Azri untuk cemerlang di dalam pelajaran.
"Lia, abang hendak tanya sesuatu tapi jawablah dengan jujur,"
"Baiklah bang," jawab Lia sopan.
"Kalau abang tiada dalam dunia ni lagi, Lia ingat tak segala kenangan kita selama hayat Lia?" Tanya Azri tenang.
"Kenapa abang tanya macam tu? Percayalah bang, walaupun jodoh Lia dengan orang lain, Lia pasti akan kenang abang sehingga akhir hayat Lia. Abang lah yang membahagiakan Lia sebelum ni. Mana mungkin Lia boleh lupakan abang," janji Lia.
"Tak ada apa-apalah. Sajer abang tanya. Abang nak mintak maaf sekiranya sebelum ni abang ada buat salah dengan Lia atau abang tak membuatkan Lia gembira selama kita couple. Maafkan abang yer," kata Azri sebak.
"Bagi Lia, abang seorang yang perfect man. Kalau abang ada buat silap pun, Lia tetap maafkan abang," jawab Lia sedih sambil menitiskan air mata.
"Percayalah, Lia lah kekasih awal dan akhir abang. Abang sayangkan Lia,"
"Lia pun sayangkan abang,"

Perbualan mereka berakhir dengan air mata. Bagi Azri, inilah perbualan yang terakhirnya dengan 'kekasih awal dan akhirnya' tetapi bagi Lia, ia mungkin suatu perkara yang tertanya-tanya kenapa Azri bersikap sedemikian.

Tanggal 8 November 2002, tarikh yang ditungu-tunggu oleh kesemua calon SPM termasuklah Azri. Hari ini peperiksaan SPM bermula. Kertas yang pertama yang bakal didudukinya ialah Matematik Tambahan Kertas 1. Sebelum ke sekolah, Azri bersalaman dan berpelukan dengan ayah dan ibunya. Azri sempat meminta ampun dan maaf dari kedua-dua orang tuanya. Entah mengapa, air mata Azri mengalir dengan deras umpama air di kaki bukit. Azri pergi ke pusat peperiksaan bersama Zulkifli tetapi dengan hati yang serba salah meninggalkan ibu dan bapanya.

Ketika calon-calon lain sedang menjawab soalan peperiksaan, tiba-tiba Azri terjatuh dari kerusinya lalu terbaring di atas lantai. Ketika itulah, Zulkifli terus menerkam Azri yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pemergian Azri telah meninggalkan seribu kesedihan kepada Mak Leha. Lantaran itu, Mak Leha juga telah pergi menghadap Illahi setelah berita kematian Azri. Sesungguhnya Mak Leha meninggalkan dunia ini tatkala impiannya hampir tercapai sedangkan Azri pulang ke sisi Tuhan ketika perjuangannya baru bermula.

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Monday, July 7, 2008

Hati milik puteri

Degup jantungnya semakin deras. Peluh dingin memercik di dahi. Air mata tak terbendung lagi, lalu menghujani pipi licinnya.
“Sampai hati kau!! Aku tak pernah membayangkan begini.Cintaku hanya satu.. Tapi cintamu…”Gadis itu tidakdapat meneruskan kata-kata. Tangisannya meledak.
Duan tidak keruan. Wajah ayu Iza yang berbajung kurung biru petang itu nampak sangat hibanya. Dia rasa bersalah. Sememangnya dialah punca kekeruhan ini.
“Duan…aku tak mahu jumpa kau lagi.. Cinta kita berakhir di sini…”luahnya dalam nada seakan berbisik. Berat namun terpaksa.
“Puteri.. nanti dulu!”
“Jangan panggil aku nama itu lagi.!.”Gadis manis itu menyinga. Terdiam Duan. Garangnya luarbiasa. Selama mengenalinya, teramat jarang Iza meninggikan suara.
Mungkin kesabarannya sudah sampai kemuncak.
“Putri.. errr…Izah.. I’m sorry. Please, jangan tinggalkan aku, “ Duan merayu. Mata Iza kembali berair. Cintanya selama ini hanya untuk Duan. Tetapi pemuda itu terbukti mengkhianati cintanya. Hatinya dalam terhiris. Rasanya terlalu sukar untuk sembuh semula.
“Kau pergilah ke pangkuan gadis itu. Dialah yang kau dambakan!” ucap Iza beremosi. Duan tersentak.
“Ina?? Dia…err.. dia tu cuma sepupu aku..” terlanjur Duan berdusta. Ina sebenarnya bekas kekasihnya sebelum berjumpa Iza.
“Duan, janganlah cuba sembunyi-sembunyi lagi. Aku sudah tahu siapa dia. Dan bukan sekali aku melihat kau berdua. Cukuplah.. aku sudah bosan dipermainkan.
Antara kita sudah tidak ada apa-apa lagi…” Iza berkata tegas. Dengan bisikan “Selamat Tinggal”, Duan ditinggalkan sendiri. Hati pemuda itu tiba-tiba
menjadi parah!
Dunia bagai gelap-gelita. Alam bagai mentertawakan dia. Hilang Puteri bersama hatinya.

Izah tidak dapat melelapkan mata. Kenangan indahnya bersama Duan menggamit rasa. Bermula dengan sekeping nota kecil, dia dipertemukan dengan Duan. Pemuda itu memuji tulisannya. Katanya tulisan Iza cantik, secantik penulisnya. Pujian yang melangit itu
memerahkan muka Iza. Semenjak itu, mereka sering bertukar-tukar nota dan sekaligus mengeratkan dua hati.
Iza tidak sangka nasibnya malang begini. Kasihnya terhadap Duan telah tersemai sejak di bangku sekolah lagi. Duan tersendiri. Pemuda itu berjaya menewaskan hatinya. Sebelum Duan hadir dalam hidupnya, dia enggan menerima cinta. Ramai lelaki kacak cuba memikat, tetapi tiada yang mengena.
“Iza.. kau harus tabah. Jangan hancur hidupmu hanya kerana cinta.. Lagipun.. Lan, Din, Rizal.. malah berderet lagi menunggu kau. Mereka semua lebih
handsome dari Duan..”Su cuba memujuk. Iza mengeluh berat. Ikatan rambutnya dilepaskan. Rambut hitamnya yang berkilau panjang dibiarkan terbuai-buai dihembus bayu.
Pandangannya dilemparkan ke arah jutaan bintang di langit.
“Kacak bukan ukuran.. Bila aku mencintai seseorang, kulihat dia bagai putera tertampan didunia..”ucap Iza bermadah. Dia kembali ke ruang kamar. Su masih
terpacak di beranda. Hati Iza cuba diselami.
“Aku tak mahu kau kesejukan di situ!”Laung Iza dari kamarnya. Su berlari-lari anak masuk ke dalam . Pintu beranda ditutup rapat. Namun fikirannya masih
tercari-cari kata-kata terbaik untuk memujuk Iza kembali ceria. Iza adalah kawan baiknya semenjak kecil. Dia berasa bertanggungjawab untuk memulihkan semangat kawannya itu.

“Su.. sudahlah. Aku tak mahu kau terseksa sama kerana aku. Cukuplah aku seorang saja.”pantas Iza mentafsir apa yang bermain di fikiran Su.
“Seperti katamu, gagal bercinta tak bermakna dunia sudah kiamat.. Aku akan cuba bangun dari terus menjeruk perasaan.” Iza memaksa sebuah senyuman.
Hatinya bertekad untuk melupakan Duan. Biarlah pemuda itu menjadi sejarah. Tak sanggup lagi dia mengenangkan kisah cinta mereka.
Su menepuk-nepuk bahu teman karibnya. Kecekalan hati Iza dikagumi. Kalau dia di tempat Iza, dia tidak pasti samada dia akan setabah begini. Malah mungkin dia
akan meraung menelan tragis.
“Aku minta diri dulu, Iza. Jika kau perlu aku..telefonlah. Aku bersedia mendengar bila-bila masa…”Su bersuara lembut. Penuh prihatin. Iza mengangguk perlahan.
Senyumannya merekah bersama azam yang meranum. Hidup perlu diteruskan…
“Terima kasih Su atas segala nasihat..”matanya yang suram kembali memancarkan sinarnya. Perubahan riak wajah Iza ketara di mata Su. Pulangnya dengan hati
yang senang. Dia sedar Iza bukanlah orang yang mudah mengaku kalah.

Seminggu jua Duan meresah. Ingatannya tertancap erat kepada Puterinya. Tiada bahasa dapat menggambarkan kerinduannya terhadap Puteri. Oh.. tiada gadis
secantik Puteri. Baginya Putri segala-galanya. Bintang di langit rasanya mahu dikutip buat Putri. Biar Putri memaafkan kesalahannya.
Duhai Puteri.. di manakah kau berada? Rindu daku ingin jumpa.. begitulah batinnya menjerit. Makanan sudah tak terjamah lagi. Segalanya tawar, setawar hatinya.
Fikirannya kalut memikirkan permasalahannya dengan Iza.. puteri kasihnya.
Iyalah.. selama ini dia buta. Buta melihat kejujuran Iza. Selama ini dia terlalu dibayangi prasangka.Cemburunya terbit tanpa bukti. Masakan tidak.. Putrinya ayu dan merdu suaranya. Jika sekali-sekala diundang menyanyi di majlis, semua hadirin bagai terbuai dek alunan suaranya. Pekertinya yang lembut bisa mencairkan sekeras-keras jiwa pemuda. Duan membiarkan dirinya tenggelam dalam lamunan.
“Duan.. Iza tu banyak peminat. Ada saja mata memandangnya. Kalau kau tak pandai jaga, melepas kat tangan orang..” Berkali-kali dia mendengar nasihat
yang hampir sama. Susah rasanya menjaga Puteri terbilang.
“Iza setia. Dia lain dari yang lain. Dia bak warisan wanita terakhir…”Duan yakin dengan kata-katanya.
Tetapi seringkali kata-katanya disambut dengan derai ketawa.Terbakar hati Duan mendengarnya.
“Gadis seayu Iza menjadi rebutan. Dia banyak pilihan laa Duan. Takkan setia kat kau. Bila dah jemu dengan muka kau.. hah! Dia akan mencari lain! “Pernah Joe menghamburkan sindiran. Duan terkedu. Dia sedar siapa dirinya. Tetapi jauh di sudut hati, dia tetap percaya Iza jujur menyayanginya.
Sememangnya Iza ramai peminat. Bukan sahaja kecantikannya, tetapi kelembutannya juga menjadi tarikan. Memang sukar mencari gadis sebaik Iza dalam arus zaman sekarang.
Hairan juga dirinya kerana menjadi pilihan Iza. Dia sederhana serba-serbi. Bukan kacak, bukan berharta.
Kini, dia cuma berniaga kecil-kecilan. Jika materialistik sikap Puterinya, pasti anak Dato’ Kamal menjadi gilaannya. Sampai sekarang, anak Dato’ itu hanya dapat menggigit jari. Malah si Roy tidak kurang hebatnya. Siang malam terkejar-kejarkan Iza. ‘Harley-Davidson’ yang berkilat mahal ditayang-tayang sebagai umpan. Namun Iza tak melayan. Seingat Duan, tak pernah Iza menerima pelawaan si Roy untuk membonceng motorsikal besarnya keliling kota. Kalau Siti Bulat atau Lela Pelat, sudah lama
menjerit suka. Su juga pernah berangan-angan untuk bersiar-siar manja dengan si Roy. Status ‘playboy’ si Roy memang kena.
“Berniaga ini pekerjaan mulia. Sebahagian besar rezeki datangnya dari perniagaan. Jangan malu bermula dari bawah. Jika rajin berusaha, perniagaan akan
berkembang dan menjadi maju. “Iza pernah mengulas.
“Tak semua orang kaya dilahirkan kaya. Ramai yang menderita dulu sebelum berjaya. Tetapi mereka berani bermula dari bawah. Akhirnya mereka berjaya mengubah
nasib dari kehidupan melarat kepada mewah..”berkobar-kobar Iza memberikan hujah sehingga tak tertangkis olehnya. Petang indah itu, memang Iza nampak lebih ayu. Matanya bersinar-sinar memberi semangat padanya.
Kebaya songket bersulam menyerlahkan susuk tubuh Iza yang langsing. Ikutkan hati, mau saja disorokkan Iza dari pandangan mata-mata galak yang gatal memerhati.
Berbekalkan dorongan Iza, Duan tidak gentar untuk memperjudikan nasibnya dalam perniagaan. Biar bermula dari bawah.. kata-kata Iza itu dipegang. Terbukti
kata-kata itu benar. Perniagaannya mulai berkembang. Rezekinya bertambah murah.
Tetapi dorongan itu tak mungkin diperolehi lagi. Iza sudah membencinya. Semuanya angkara dirinya sendiri!
Duan menyumpah-nyumpah dirinya kerana bertindak melulu. Dia semakin terkenang…
“Kau tahu.. Iza sudah melupakan kau. Aku nampak dia bersama Farouk. Mesra sungguh lagak mereka” Bagai halilintar membelah bumi.. Duan terfana. Kata-kata Roy
itu meremukkan hatinya. Dia tak percaya.. tapi mula diamuk curiga.
“Kau pasti itu Iza?? Ah.. aku tak percaya. Kau jangan mainkan aku Roy. Iza bukan seperti itu. Aku tahu hati budinya.”Duan berpura tenang walau dihati dirasuk resah.Roy tersengih, menampakkan giginya yang kurang teratur.

“Itulah kau.. tengah angau!! Berita gempak ni dah tersebar. Cuma kau ketinggalan. Macam katak bawah tong. Awek sendiri tak tau jaga!”
“Betul cakap Roy tu.. Iza dan Farouk sedang bercinta!”Zack menokok-tambah.. menghangatkan lagi hati Duan. Akhirnya, cerita yang panjang terjalin. Semakin banyak yang didengar. Kepercayaan Duan semakin memudar…
“Duan, jangan percaya cakap orang tu. Semuanya fitnah. Kalau betul, mana buktinya??”Iza membela diri sewaktu Duan membangkitkan perkara itu. Malah Iza boleh
tergelak besar bila pertama kali Duan bertanya tentang hubungannya dengan Farouk. Duan pula terasa malu seolah-olah pertanyaannya suatu jenaka.
“Aku tak pernah ada hubungan dengan Farouk. Tak wujud sama sekali. Di mana kau dapat cerita ni???”Iza tergelak-gelak. Nampak sangat kelakarnya.
Namun, walau apa pun kata Iza, dia mula termakan kata-kata tuduhan liar itu. Telinganya sudah tidak sanggup lagi disumbat cerita yang menyebakkan dada. Jika sekali dua, mungkin dapat ditahan. Tetapi tembok yang paling utuh pun akan rebah seandainya diserang bertubi-tubi.Dalam kekalutan dirinya mencari kebenaran, Ina hadir
kembali.. Bekas kekasihnya setia mendengar masalahnya. Tanpa bukti, Ina turut mempersalahkan Iza. Bertambah yakin Duan terhadap dakwaan orang.
“Kau dipermainkan Iza. Lebih baik tinggalkan dia. Kalau dia curang, buat apa menunggu lagi? Jangan jadi bodoh, Duan. ” Duan tidak sedar kata-kata Ina sebenarnya mengandungi kebencian dan cemburu. Kebencian terhadap Iza. Dia hampir lupa, Ina juga pernah tidak setia.
Itulah punca mereka berpisah dulu. Ina yang meminta perpisahan, kononnya mereka tiada persefahaman. Kini, Ina lain benar sikapnya. Seolah-olah mencari peluang
berbaik semula. Dalam fikirannya yang kusut, Duan tidak ambil peduli lagi niat sebenar Ina. Dia terdesak memerlukan teman bicara.
Kekerapan Duan dan Ina bersama akhirnya disedari Iza. Iza tidak cepat melenting. Malah tidak menaruh syak-wasangka. Biasalah.. Duan terpaksa berhubung
dengan ramai orang untuk urusan perniagaannya. Kepercayaannya terhadap Duan menjadi benteng perselisihan. Hal remeh-temeh yang boleh merosakkan hubungan
seboleh-bolehnya mahu dielakkan. Namun kepercayaannya hancur musnah apabila Ina datang menyerang. Tuduhan yang dilemparkan menghiris hatinya.

“Kau cuma layak digelar perampas kekasih orang! Dia mencintai aku. Hatinya milik aku! Gelaran Puteri itu sepatutnya untuk aku. Kau tak layak!” Ina menghamburkan kata-kata pedih.
“Aku yang teratas! Kau cuma yang kedua. Mungkin terbelakang sekali…Pengganti aku saja! Aku tetap puteri hatinya!” Angkuh Ina mengumum. Wajahnya nampak puas dan bangga. Gugur air mata Iza menahan kepedihan.
Rupa-rupanya Duan masih berhubung kasih dengan kekasih lamanya. Selama ini dia hanya sekadar pengganti.
Dia cuma bayangan Ina. Kini Ina muncul semula dalam hidup Duan.. Sudah pasti cinta mereka mekar kembali.
Sorotannya, terjadilah tragedi cinta lewat petang itu.

Hidupnya sengsara. Kesedaran mula timbul dalam jiwanya. Puterinya hanya satu. Tiada siapa dapat menandingi Puteri. Kesucian cinta Puteri padanya adalah asli dan tulus. Duan merintih sendiri. Sukarnya menerima perpisahan yang sepatutnya tidak berlaku. Dia tewas menahan perasaan bersalah!
Kini dia sedar segalanya fitnah. Baru dia dapat menghidu puncanya. Cemburu orang pada dirinya kerana kasih Puteri hanya padanya. Dan cemburu Ina pada
Puteri kerana hatinya milik Puteri. Roy yang bertanggung-jawab berpakat menyebarkan fitnah. Si Farouk yang bergelar ‘Gangster Kg Dusun’ itu pun termasuk dalam pakatannya. Semuanya kerana dengki dan dendam. Mereka seolah-olah tidak tenteram melihat kebahagiaan orang lain. Lebih-lebih lagi Puteri idaman menolak lamaran. Tekad Duan menemui Puteri. Puteri tidak berdosa.. tetapi dia! Terlalu cepat termakan pujuk rayu Ina dan fitnah.
Duan ke daerah itu. Daerah yang tenang dan damai yang sesekali dikocak dengan air tasik kala ditiup bayu. Tempat itulah mereka selalu bertemu. Tak pernah jemu
dengan suasana damainya. Duan pasti, daerah itulah jua tempat Iza bersembunyi melayani gelodak perasaannya.
Dari jauh, Duan sudah nampak sesusuk tubuh termenung mengadap tasik. Leka dengan dunianya. Tenggelam dalam perasaannya. Duan menggagahkan diri menghampiri.

“Putri…”suaranya bergetar.. Iza tidak menoleh. Membatu tanpa suara. Duan tidak dapat membaca fikiran Iza. Namun dia tetap mencuba..
“Maafkan aku, Puteri…”Bahu Iza disentuh lembut. Iza lantas menutup wajahnya. Melindungi matanya yang merah.

“Aku sedar kesilapanku, Puteri.. Terlalu sangat lekas percaya pada tuduhan. Walau tanpa bukti yang kukuh…Hatiku tidak keruan ketika itu. Aku tak sedar apa yang telah aku lakukan. ..”getar suaranya bercampur kesal.
“Aku terlalu mencintaimu, Puteri. Kerana itu, aku tidak sanggup sesiapa pun memilikimu. Kerana itulah jua, aku terlalu cemburu dan kecewa mendengar cakap-cakap orang yang tak berasas itu.. Kini aku sedar kelemahanku.. dan aku akan cuba memperbaikinya..”Duan terus bersuara walau tanpa reaksi dari Iza.
“Kini harapanku.. kita bina semula cinta yang musnah…dengan ikatan yang kekal abadi.. Jika kau sudi.. Puteri…” Duan mengungkap kata bermakna. Iza terpaku seketika.
Wajah Duan direnung sedalam-dalamnya. Keikhlasan dan kejujuran jelas terpancar pada mata pemuda itu. Hati Iza tiba-tiba tersentuh..
“Hati ini milik Puteri…selama-lamanya..” Duan berbisik lembut. Iza lantas tertunduk malu.. namun sinar bahagia menusuk jiwanya….Alangkah bahagia…..


TAMAT
Karya:
ANNA ABADI

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Sunday, July 6, 2008

Air Mata Di Malam Pertama


Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.

Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah.
Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.
"Ana dah jadi isteri! " Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.

"Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti."Doaku perlahan.
Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku sudah bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.

"Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti"Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.
Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

"Assalamualaikum!" Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.

Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.
"Sayang"..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.

Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku.
"Abang".. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku.
"Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang.."Bisikku perlahan. " Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia." Janjinya padaku.

Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.
Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu.
Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi.
Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu.

Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.
"Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana".Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulakan bicaranya.

"Apa dia ayah, mak? Macam penting je" Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka.
"Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana."
"Apa!!!"Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri.
"Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?" Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.

"Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?"Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian.

"Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. "Ujar mak setelah sekian lama membisu.
"Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya."Terang ayah lagi.
"Ana.." Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa.
"Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.";

"Ini cincinnya, pakailah." Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini.
"Ahhhhgggg..."Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.

Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni.

"Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu." Ujar ayah padaku.
Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah satu agenda yang tidak boleh dilupakan.
Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik.

Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu.

Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami."

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin."
Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan.
"Bang, maafkan Ana!" Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus.
"Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang."Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku.
Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.

"Abang nak kemana tu?"Soalku.
"Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi."Jawabnya.
"Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi."Aku kesian melihatnya, keletihan.
"Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah." Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu.

"Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya." Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah.

Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.
"Bila Ana turun?" Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja.
" Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang."
"Maafkan abang sayang." Dia menghampiriku.
"Sayang tak marahkan?" Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.

Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.
"Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita." Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku.
"Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang."Jawabnya tersenyum.
"Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi."
"Betul ni?"Soal suamiku cepat-cepat.
"Ish..;gatal la abang ni!" Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.

Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.

Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku.

"Apa yang Ana menungkan ni?"Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang.
"Abang ni, terkejut Ana tau!" Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk.

"Alaa..sayang ni.macam tu pun nak marah." Usiknya sambil mencubit pipiku.
"Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!" Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.
"Sayang..." Seru suamiku sambil merangkul tubuhku.

"Sayang nak honeymoon ke mana?" Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu.
"Ana ikut aje ke mana abang nak bawa."
"Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?" Guraunya.
"Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?" Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.
"Nanti sayang nak berapa orang anak?" Soalnya lagi setelah ketawanya reda.
"Abang nak berapa?" Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.
"Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?"

"Ish...abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?" Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa.
"Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan."
"Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup." Penjelasanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira.
"Ni yang buat abang tambah sayang ni." Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.
Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

"Zul, Ana! Jom kita makan dulu!" Suara mak memanggil.
"Mari bang! Ana pun dah lapar ni." Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam.
Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik.

Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu bertahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apataha lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.

"Mampukah akau menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?" Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.

"Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku."
"Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan.
Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?
Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.

"Masuklah, pintu tak berkunci." Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku.
Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku.
" Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?" Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.

Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu.
"Habistu apa yang sayang menungkan ni?"
"Ana takut bang!" Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya.
Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.
" Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku.
" Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut.." Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.

" Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! " Bisiknya.
Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku.

" Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit." Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.
Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai.
Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.

"Ayah, mak! Ana dah buat keputusan." Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.

Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.
" Keputusan tentang apa?" Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat.
" Pasal peminangan tu." Ujarku.
Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.
" Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih." Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.

Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya.
" Syukurlah, moga Ana bahagia nanti." Ucap ayah padaku.
Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.

"Nanti mak kenalkan dia pada Ana." Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka.
" Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje." Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.

" Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya." Ayah mempersoalkan keputusanku itu.
" Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?" Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.
Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku.

" Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah." Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.
" Baik bang. Bang, ni baju abang." Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.
Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi.
" Patutlah." Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang.
Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.

Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan.
Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya.
Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.

"Bang...."Seruku.
"Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya.
"Malam ni abang nak.....nak....."Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya... " Nak apa sayang?" Soalnya lagi sambil tersenyum.
"Ah..abang ni..."Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.
"Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya ketelingaku.

Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

"Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku.
" Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia." Jawabku.
Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.

Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama lading dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda:
"Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."
Rasulullah bersabda:
"Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu."
Rasulullah bersabda:
"Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."

Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."
Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang.

Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya.
"Abang tak apa-apa?" Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.
"Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot."Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.
"Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu." Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pajama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.
"Nakallah abang ni." Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar.

Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam.
Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.
Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan.
"Kenapa ni bang?" Soalku sewaktu bersalaman dengannya.
" Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.."
"Zul sakit ke?" Tanya ayah.
"Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot."Jawabnya.
"Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak." Sampuk mak.
"Nanti Ana ambilkan ubat." Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat.

Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.
Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan.
"Terima kasih." Ucapnya perlahan. Aku angguk.
"Abang berehatlah." Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.
"Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang."
" Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah."
"Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan."
"Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah."Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.
"Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan saying. Sayanglah satu-satunya buah hati abang." Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik.
"Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea"
"Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya." Ujarnya perlahan.
"Abang tidurlah." Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu.

Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.

Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.
Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.
" Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana." Pujuk emak.
Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjengok dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.
Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.
Amin..


Seruling Senja
4 Mei 2003
4.08 pagi
G 1.3 Kolej Bilal
Uia Gombak.
serulingsenja@hotmail.com

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Saturday, July 5, 2008

They Say I'm Fat

I don't know what my fault is. I feel that these days I have been keeping my diet pretty tight. But how come this my dear cheek is still stretchy. And a lot of people who take a look at it want to pinch it. It makes me more resentful. It is resentful... resentful... resentful... Veeeery resentful. What is my fault? Weep... Weep... did the fault come from the descendant from my beloved father and mother that makes my cheek really puffed-up. I don't think so. They are not fat either.

But if I really think about it again my fate was really unfortunate.
I remembered truely when I was still small. Approximately when I was five years old; my relatives came to my house. And all of them then were so happy to see my face. Not anything and and not anywhy. They seemed like they got a new toy.
What toy? What else if not my cheek that passionated them. They pinched the left cheek, then pinched the right cheek. They were so very happy then. Laugh laugh. They did not know that the owner of this cheek felt a suffering on both the body and heart. Pain on the cheek, pain also in the heart. Until the end I cried… Huaaaaa. Only then they stopped, changed to caressing.
"Choop choop the sweet child should not cry please."

It was more serious when I was in SENIOR HIGH SCHOOL, I remember truely that I had a friend named Rudi. A child that according to my view is one of the naughtiest on the school. It is indeed generally the child was good, not smoking, obeyed the school rule and even the national ideology and national law, never skipped class even once, moderately clever and high-achieving also. Well then why how come I said that he is naughty? Yes, because of that. He liked to pinch my cheek very much. If I daydream a little I was pinched. When I was careless a little I was pinched. His pinches were consecutive and consistent. Every day. Three times a day. After eating and before sleeping (how come it looks like taking medicine?). Yeah no matter what it was really often.

I thought when I went to university, the sympathetic experiences will end. Moreover I entered to a university that was famous enough.
Ehem… ehem… I was convinced, the students were definitely very clever, well, and very devout. Ugh ugh but the reality was not as beautiful as the dream. Friends here still liked to tease that I was fat. Still were also very rascal. Fortunately there was no one that liked to pinch this cheek. Hahaha. They understand that in this matter I have given them a ban for everyone. Including close friends. They might admire me but it is not allowed to touch me. Not even pinch. Banned hard. Verboden. And suddenly….

Bam!
"Ouch..."
"Morning, Gina," Yanti greets me with his bright smile. Without any feeling of guilty or sinful.
Ouch.. ouch... a-ouch..
"Why, did I hit you very hard?"
"No question asked. Very painful you know!"
"Sorry, sorry. It is your fault anyway. Even on a morning you were daydreaming. Who were you thinking about? The Uhuy guy?"
"Oh no!!!!, very thanks to you. No meaning of Uhuy in my dictionary.."
"How come you are putting on airs."

In fact the Uhuy meant actually is Gunawan, a person that is also in the same course with them. In fact the boy is a normal boy. Very truly normal. All are normal. Normal hair, normal eyes, normal face, normal smile, the cleverness is also normal. Only one is extraordinary.... His lameness is extraordinary. Sometimes I am resentful because of him. But on one hand he can accept me the way I am. So this heart become not resentful again. I am crushed, cool and calm because of him.

In recent times the Gunawan guy is actually very close to me. I don't know why could be like that. So not-nice news are beginning to circulate in between students. Rumours and unclear gossips which I don't know where are their origin at first. Seriously. In fact it is true that I and the Gunawan guy are only normal friends. Nothing happened, or whatever it is. I swear...

The problem is that gossip power even much stronger. Therefore, that guy even get title: uhuy. For your information, uhuy is stated for a third singular person representative on a guy which is in "approaching" process. So, the uhuy statement show that he is in process of approaching me. Is it true? Who knows?

I think it’s not necessarily true. Look at his behavior. He talk and behave in the same way with all his friends (girl). Sometimes, a bit naughty. Ah, damn guy. Fortunately, he doesn’t like to pinch my cheek, otherwise our good relationship which is maintained so far will be destroyed.

However, I just don't ignore. He also does the same thing to me. Sometimes, reaallyyyy care, sometimes he is ignorant. I’m confused. My friends said that he likes me. In teenagers telenovela, it is said as fall in love.

If it is true, it’s ok for me. Coz actually I also quite put a symphaty to him. He is cheerful, kind, caring. Even though he is lame. Sooo lame. But it’s ok. The most important thing, he doesn’t say I am fat, and he doesn’t pinch my cheek.

One day, Gunawan ask me to have lunch together. I am ok to his offer. Why not? I can also borrow his lecture note for yesterday lesson. I was sleeping in lecture theatre yesterday. So many think and stuff… Like a businessman you know. Hohohoho...
We sit, be quiet, and calm. Before we order the food, Gun starts to speak:

"Gin, I know your cheek is stretchy."
"Grrr, so what?"
I am angry. I think he really can understand me. But he also said I am fat. Nooo, why must there be one more person who reveal that “fact" to me?
"Many people said that stretchy cheek is not so good."
"Yeah, I am ugly," I said frownly. Sensitive.
"But…" Gun says again.
"But what?’ I say angrily. Resentful… resentful.
"Ups, are you angry? Gun asked melancholicly. Seeing his face, I melt.
"nooo… no problem? What’s wrong, Gun?" I ask relaxly.
"but… I… I want to say something to you Gin. Important," Gun said bowing down his face. Either he is shy or scary?

Deg! My heart beats very fast. And become faster and faster. Aaargh impossible. Impossible. My blood flows quicker. What’s wrong with me? Why can Gun make me like that?

He continues his statement… still with tremble…
"I…. I…"
"What?"
"Gin, could I...?"

My thought flies away. I almost forget that I go here to have lunch. Is it true that his friends gossip about Gun is true? Gun so far… without any words… Arrgh… my face turn red, but I don’t want Gun knows. That the truth… Don’t
I bow down my face. I feel that he will say that word. Ya confirmed that he will say that word...
.
.
.

"Gin, could I borrow your money? I don’t have anything left."

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, July 4, 2008

Hanya Tinggal Kenangan

Hanya Tinggal Kenangan...

Hasil Karya: mar dhea
Disenarai Pada: 06 May, 2008


Rintik-rintik hujan persis tahu isi hati gadis itu. Dia termenung lagi di jendela. Menyulam kasih yang tiada kunjung tiba. ‘Ibu...’ Hatinya berbisik perlahan. "Humaira rindukan ibu..." Terungkap jua kata-kata rindu. Suara esak tangis kedengaran berbalam dari balik pintu bilik Humaira. Mak Esah tidak dapat membendung duka hatinya. Kudrat tua yang membesarkan Humaira berdiri teguh bersandarkan pintu. Biarpun tiada balasan untuk semua itu, dia pasrah. Cukuplah Humaira sudah banyak menggembirakan hatinya.

Air mata yang mengalir di kesat perlahan. Baju kurung kedah yang tersarung lecun dek air mata. Hatinya diruntun pilu. Dia tidak rela anak gadis itu terluka lagi. Sudah acap kali dia melihat Humaira termenung sendirian di jendela itu. Tiap kali itu jugalah perkataan ‘ibu’ menampar gegendang telinganya. Sudah jelas anak itu rindukan ibunya. Hampir tujuh belas tahun berpisah masakan tiada rindu bermukim di hati itu.

"Humaira..."

Humaira berpaling. Air mata yang mengalir lantas di kesat. Laju tingkahnya. Barangkali tidak mahu Mak Esah tahu.

"Ya..mak..." Tingkah Humaira.

"Apa yang Humaira buat kat tingkap tu?" Ujar Mak Esah tenang. Suara yang sedikit serak cuba di lembutkan.

"Tak ada apa mak..Humaira saja nak ambil angin.." Secalit senyuman hambar terbit dari bibir itu. Garis-garis duka jelas kelihatan.

Mak Esah tarik nafas panjang-panjang. Berusaha untuk mengukir kata. Tingkah Humaira membuatkannya risau. Dia tahu anaknya yang satu itu.

"Humaira..mak tahu Humaira rindukan ibu Humaira..tapi Humaira tak boleh ikutkan hati.." Ujar Mak Esah. Tangan Humaira di genggam erat. Humaira hanya menunduk.

"Maafkan Humaira, mak..." Sahut Humaira perlahan. Esak tangisnya kedengaran lagi. Hati Mak Esah turut diruntun pilu.

******************************

Di balik pintu, kelihatan ada yang menanggung benci. Bibir mulusnya diketap perlahan. Benci melihat situasi itu. Api kemarahannya meluap. Zulaikha lantas membawa diri ke anjung rumah. Mual menyaksikan sandiwara itu.

‘Pura-pura baik konon..meluat aku...’ Desis hatinya. Air matanya bergenang. Ditabahkan hati supaya air berharga itu tidak tumpah. Dada yang terasa sesak di urut perlahan.

"Dasar tak tahu malu!" Ujar Zulaikha lantang.

"Zulaikha..."

Suara si ayah mengejutkan gadis itu. Nafas ditarik perlahan. ‘Apalah ayah ni..buat orang terkejut aje..’ Bentak hatinya.

"Ye ayah.." Zulaikha menjawab acuh tak acuh. Wajah ayah ditenung perlahan. Menanti kata yang bakal terhambur dari bibir ayah. "Apa yang kau buat kat situ? Bercakap sorang-sorang pula.." Tanya ayah. Dirinya sedari tadi menonton tingkah anak gadisnya itu. Sekejap ke hulu, sekejap ke hilir. Tidak senang duduk betahnya. Alih-alih bercakap seorang diri.

"Tak ada apalah ayah..." Jawab Zulaikha tenang. Malas mahu melayan soalan si ayah, kaki yang terasa berat di ayun juga ke dapur. Pak Zali menggeleng lemah. Lantas surat khabar diatas meja dicapai dan dibuka isi kandungannya.

**********************

"Kak Ika..."

Panggilan yang satu itu dibiarkan saja. Tangannya masih ligat mengupas bawang.

"Kak Ika..."

Tingkahnya tadi cepat, perlahan tiba-tiba. Zulaikha panggung kepala. Dahinya berkerut menahan marah. Segala tindakannya tadi terbantut gara-gara Humaira. Hatinya bengang.

"Kau tak nampak ke aku tengah sibuk ni??" Bentak Zulaikha garang. Humaira hanya menunduk. Takut menyaksikan wajah garang Zulaikha.

"Maafkan Humaira, kak" ujar Humaira lembut. Mahu memenangi hati kakak angkatnya itu. Biarpun dia tahu sikap Zulaikha yang sentiasa dingin dengannya, dia tidak pernah sekalipun membenci gadis itu.

"Maaf..maaf..itu saja yang kau tahu...duduk kat rumah ni bukannya buat apa-apa... Alih-alih aku yang kena buat..tak guna mak bela kau dari kecil.. Sedarlah diri tu sikit... Dah lah cacat!" Ujar Zulaikha lantang. Dirinya puas. Senyuman sinis terbit dari bibirnya.

Humaira hanya menunduk. Hatinya pilu mendengar kata Zulaikha. Dia sedar kekurangan dirinya. Sudah tujuh belas tahun dia tinggal di rumah usang itu, tiada satu pun bantuan yang dihulurkannya. Kecacatan yang di alami membuatkannya sukar untuk menolong Zulaikha mahupun Mak Esah. Humaira tetap menunduk.

"Apa lagi yang tercegat kat situ? Dah..pergi..menyibuk je kat sini!" Zulaikha bersuara setelah tiada riaksi dari Humaira. Humaira panggung kepala. Ditatap tenang wajah bersih si kakak. Senyuman di ulum tanda mengerti.

Zulaikha yang menyaksikan tingkah itu meluat. Dia mencebik sambil tangannya ligat mengupas bawang. ‘Dia ingat dia bagus sangat ker?’ Desis hati Zulaikha benci.

**********************

"Humaira ke mana tadi?" Tanya Mak Esah setelah kelibat Humaira kelihatan.

"Humaira jenguk kak Ika kat dapur..Humaira bosan tak ada buat apa-apa.." Jawab Humaira tenang. Senyuman manis terukir dari bibir gadis itu. Hati Mak Esah senang melihat tingkah Humaira. Lengan gadis itu di usap perlahan.

"Humaira tak payah lah nak pergi kat dapur tu..Humaira duduk jer kat ruang tamu.. Baca surat khabar ker??? Hilang juga rasa bosan.. Biar kak Ika je yang buat kerja kat dapur tu..." Ujar Mak Esah tenang. Wajah Humaira ditilik perlahan. Menanti riaksi gadis itu.

"Baik lah, mak" Humaira melangkah ke ruang tamu. Terkial-kial dia mencapai surat khabar di atas meja.

Kelibat Zulaikha di balik pintu dapur menerjah ruang mata Mak Esah. Mata mereka bertemu. Zulaikha merengus perlahan.

"Ika!"

Zulaikha berpaling. Mata Mak Esah ditatap. Tajam. "Ye mak..." Dia bersuara perlahan. Selamba saja lagaknya. Tangannya kembali ligat mengupas bawang. Sudah separuh bawang di dalam bakul kecil itu dikupasnya. Itu pun atas arahan Mak Esah. Kalau ikutkan hati, tak kuasa dia mahu membuat kerja remeh begitu.

"Ika..kenapa pandang mak macam tu?" Tanya Mak Esah lantang. Mahu mengajar si anak yang semakin hari semakin biadap. "Mak...Ika pandang macam mana ke? Suka hati Ika lah.. Mak sibuk pasal apa..." Jawab Zulaikha lantang. Hatinya geram dengan tuduhan Mak Esah yang melulu terhadapnya. Dia cuma memandang. Adakah itu salah?

Rengusan demi rengusan terbit dari bibir gadis itu. Mak Esah memandang kurang percaya. Hati nya panas. Zulaikha dirasakan sudah keterlaluan.

"Anak kurang ajar! Siapa yang ajar kau jadi biadap macam ni?" Bentak Mak Esah garang.

"Siapa ajar Zulaikha jadi biadap? Mak tanyalah diri mak tu sendiri..siapa yang ajar Zulaikha jadi biadap?!" Zulaikha termengah-mengah menahan marah. Darah dirasakan meruap hingga ke kepala. Sakit hatinya bukan kepalang.

"Anak kurang ajar!!!" Mak Esah sudah hilang pertimbangan. Tangan dinaikkan mahu menampar anak kurang ajar itu.

"Mak!"

Teriak Humaira lantang. Perbuatan Mak Esah terbantut apabila mendengar suara Humaira. Zulaikha menahan rasa. Semakin meluat apabila melihat wajah itu. Zulaikha menghentakkan kaki dan berlalu ke biliknya.

"Zulaikha!"

Humaira menahan tubuh Mak Esah dari terus melulu. Dia takut Zulaikha akan di apa-apakan oleh Mak Esah. Sedari tadi dia mendengar suara orang berbalah. Lantas kakinya di ayun ke dapur. Dia menjerit sekuat hati apabila melihat Mak Esah mahu menampar pipi Zulaikha.

"Sudah lah mak...maafkan kak Ika..dia tak sengaja tu.." Ujar Humaira mahu meredakan perasaan marah Mak Esah. Diusap lembut lengan tua itu.

Air mata yang sedari tadi ditahan, mengalir jua di tubir mata. Dia kesal dengan sikap Zulaikha terhadapnya. Sembilan bulan mengandungkan si anak, inikah balasan yang di terima? Mak Esah menunduk. Perasan kesal tidak sudah-sudah menghimpit jiwanya.

"Ya Allah! Apakah dosa aku? Sehingga aku di perlakukan begini..." Suara Mak Esah yang tersekat-sekat meruntun jiwa Humaira. Tangan Mak Esah digenggam erat. Sebak di dada menuntut air mata. Tanpa sedar, mengalir jua air mata si gadis. Mak Esah memeluk erat tubuh Humaira.

Sementara di dalam bilik, Zulaikha tidak sudah-sudah menyumpah seranah. Benci melihat wajah polos itu. Wajah yang dirasakan mengganggu kehidupannya.

******************

Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajah Humaira. Ketenangan dirasa menusuk jauh ke dalam hati. Dia bersyukur kerana di kurniakan ketenangan dalam hidupnya. Meskipun tiada ibu dan bapa kandung di sisi, dia tegar. Itulah lumrah hidup. Tidak semesti apa yang diingini akan dapat diperolehi. Biarpun benda itu ada di depan mata.

"Oi! Ehwah-ehwah! Bersenang-lenang kau kat sini yer...selama ni, aku bersabar jer dengan kau.." Bentak Zulaikha tiba-tiba. Humaira mengurut dadanya perlahan. Terkejut dengan sergahan Zulaikha.

"Kenapa kak?" Tanya Humaira setelah keadaan dirinya beransur tenang. Wajah bersih Zulaikha di tatap perlahan.

"Kenapa? Kau ingat mak dan ayah tak ada kat rumah ni kau boleh duduk senang-lenang ker?..dah..jangan nak tercegat kat situ lagi..tolong aku kat dapur..." Zulaikha segera berlalu. Meluat menatap wajah polos itu lama-lama.

"Baik.."

Humaira mengekori langkah Zulaikha ke dapur. Berbagai persoalan menerpa fikirannya. Mengingatkan sikap Zulaikha yang dingin terhadapnya dia jadi takut. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. ‘Kak Ika nak suruh aku buat apa?’ Desis hatinya gusar.

"Nah! Kau tolong aku potong sayur ni..lepas tu basuh.." Arah Zulaikha. Humaira yang mendengar hanya tercegat disitu. "Apasal tecegat lagi ni??" Ujar Zulaikha lantang. Muak melihat wajah simpati gadis itu. Bibir Humaira yang kelihatan ingin membicarakan sesuatu dibiarkan saja. Zulaikha segera berlalu ke ruang tamu. Malas mahu berlama-lama disitu.

Humaira menatap timbunan sayur-mayur itu dengan wajah yang kelat. Air liur di telan berkali-kali. "Macam mana aku nak buat semua ni?" Ujarnya perlahan. Pisau di atas meja dicapai perlahan. Terkial-kial dia mencapai pisau itu. ‘Nak capai sesuatu pun susah, inikan pula nak potong sayur..macam mana ni?’ Desis hatinya sayu. Dadanya tiba-tiba merasa sebak. Ingin menangis lagaknya.

****************************

"Ah!"

Humaira menjerit lantang. Pisau yang dipegangnya terlepas dari tangan lalu mencucuk kakinya. Sakit yang dirasakan bukan kepalang. Dia menjerit semahunya.

"Apa yang kau menjerit tu hah! Diam lah!" Teriak Zulaikha lantang dari ruang tamu. Perhatiannya terhadap rancangan di televisyen usang ayah terganggu akibat jeritan Humaira.

"Kak!" Ujar Humaira sayup-sayup. Pandangannya berpinar. Dia terhuyung-hayang di dapur usang itu.

"Allah!" Sakitnya menjadi-jadi apabila dirasakan bahagian belakang badannya di cucuk sesuatu. Dia jatuh terjelepok ke lantai. Sakit yang dirasakan menusuk-nusuk. Pandangannya berpinar-pinar. Kelibat kak Ika yang kabur kelihatan di ruang mata. Kedengaran Kak Ika menjerit lantang namanya.

"Apasal kau ni ah! Aku dah kata diam..diam lah..." Ujar Zulaikha lantang. Dia berlalu ke dapur rumah. Bengang dengan sikap Humaira.

"Humaira!..kenapa ni?" Zulaikha terpana. Darah merah memercik keluar dari tubuh itu. Zulaikha buntu. Rasa simpati terbit dari lubuk hatinya. Dia berusaha memapah Humaira.

"Mak! Tolong Humaira mak!" Jerit Zulaikha lantang. Air mata mengalir deras dari tubir matanya. Nafas Humaira kedengaran berombak.

"Ya Allah! Tolong...tolong!" Zulaikha menjerit semahunya. Badan Humaira dilihat bergetar-getar. Dia buntu mahu berbuat apa.

"Humaira!" Suara Mak Esah kedengaran dari pintu dapur usang itu. Berjengket-jengket dia berlari ke arah Humaira. Hatinya tidak keruan apabila mendengar jeritan Zulaikha. Apa yang dimahu si anak? Dia sendiri tidak tahu. Alih-alih, di ayunkan jua kakinya ke dapur.

"Kenapa ni Humaira???...abang!" Mak Esah sudah tidak keruan lagaknya. Nama Pak Zali di jerit lantang.

"Ibu....." Ujar Humaira perlahan.

Esak tangisan Mak Esah semakin kuat. Hatinya pilu mendengar ungkapan itu.

"Lekas..kita bawa dia ke hospital.." Ujar Pak Zali lantang. Dia berusaha memapah Humaira dengan bantuan Zulaikha.

********************

Suasana suram di hospital itu mencengkam kuat tulang sumsum Zulaikha. Hatinya bagai mahu pecah. Dia menyesal dengan perbuatannya terhadap Humaira selama ini. Kerana benci, dia sanggup berbuat kejam terhadap adik angkatnya itu. Air matanya terus-terusan mengalir bagai tidak mahu berhenti.

Dipandang sayu Mak Esah di sebelah. Kelihatan ibu tua itu berusaha menahan sendu. Bicara sudah tidak lagi menggamit suasana sebaliknya hanya tangisan yang kedengaran.

"Mak Esah..."

Satu suara asing menjengah ruang pendengaran Zulaikha. Wanita dalam likungan 40 an itu dipandang asyik. Kini Mak Esah dalam dakapannya. Berbagai persoalan menerpa ruang minda gadis itu. Siapakah wanita itu?

"Zarina!" Ujar Mak Esah sayu. Gema tangisannya semakin kuat. Siapa Zarina? Hati Zulaikha bertanya sendiri.

Wanita yang bergelar Zarina itu menerpa ke arahnya. Dikucup sayu tangan itu tanda hormat. Senyuman tetap di ukir biarpun hambar.

"Macam mana keadaan Humaira kak?" Zarina memandang Mak Esah asyik. Menanti kata yang bakal dihamburkan. Kelibat Mak Esah yang menunduk menambahkan resah di hatinya. Tangannya cepat mengoncang tubuh Mak Esah yang kaku.

Mak Esah panggung kepala. Wajah Zarina di tatap perlahan.

"Kakak tak tahu Zarina. Doktor belum keluar lagi." Ujar Mak Esah dalam tangisan. "Ya Allah!" Zarina meraup wajahnya perlahan. Hatinya resah bila Mak Esah menelefon memberitahu perihal Humaira kepadanya. Ibu mana yang tidak kasihan mendengar anaknya di timpa bencana. Tanpa memperdulikan kerja yang berlambak di pejabat, dia segera memecut keretanya ke hospital.

"Puan Asiah.."

Mak Esah segera menerpa ke arah doktor yang merawat Humaira. Begitu juga dengan Zarina. Hati Zulaikha resah tidak menentu. Wajah doktor di hadapannya ditatap asyik.

"Puan Asiah..diharapkan puan bersabar. Humaira berada dalam keadaan yang amat kritikal sekarang. Kami masih sedaya upaya merawatnya. Maafkan saya, sekiranya saya mengatakan bahawa peluang Humaira untuk hidup amat tipis"

Kata-kata yang terhambur dari bibir Dr. Aril meluruhkan seluruh jiwa Mak Esah mahupun Zarina. Humaira kini berada dalam keadaan yang amat kritikal. Zulaikha melopong tidak percaya. Dia dihantui rasa bersalah yang teramat. Senyuman manis Humaira berlegar-legar dimindanya.

‘Maafkan kakak, dik....’ Zulaikha menekup wajahnya. Air mata tidak putus-putus mengalir dari tubir mata. Dia menyesal. Sungguh menyesal. Kerana benci dia sanggup berlaku kejam terhadap adiknya sendiri.

Sementara Zarina tergamam tidak percaya. Air mata yang sedari tadi ditahan mengalir jua akhirnya. Kekesalan yang bermukim di hatinya membuatkan nafasnya sesak. Lantas tangan Mak Esah digenggam erat.

"Boleh kami jenguk dia doktor?" Tanya Pak Zali setelah sekian lama mendiamkan diri. Dr. Aril hanya sekadar mengangguk.

Ruang putih itu jelas mendamaikan lubuk jiwa Zulaikha. Wajah kaku Humaira di atas katil ditatap sayu. Sekali lagi air matanya jatuh ke pipi.

‘Maafkan kakak, dik..maafkan kakak!’ Desis hatinya hiba. Wajah sayu Mak Esah di tatap bersama tangisan. Bahu Mak Esah terinjut-injut menahan sendu. Hiba dihatinya tidak tertanggung lagi apabila melihat keadaan Humaira yang sebegitu rupa. Wajahnya ternyata pucat tidak bermaya.

"Humaira..ibu datang sayang..bukalah mata.." Kata-kata Zarina yang menggenggam erat tangan Humaira meluruhkan seluruh jiwa Mak Esah. ‘Kalaulah Humaira sempat berjumpa dengan Zarina, ibunya...alangkah gembiranya dia..’ Esak tangisnya kedengaran lagi. Hanya tangisan yang menghantui suasana.


"Ibu...." Suara serak basah itu merubah suasana yang tegang sebelum ini. "Humaira...." Zarina berbisik perlahan. Ditatap asyik wajah Humaira. Jari halus Humaira di usap lembut. "Ibu.." Suara itu berkumandang lagi. Kini lebih jelas. Sinar gembira terpancar dari wajah bersih Zarina.

"Ya sayang...ibu datang..." Zarina mengesat perlahan air matanya yang gugur.

"Ibu..Hu...maira...rin..dukan ibu.." Rintih Humaira. Dadanya kelihatan berombak apabila mengungkapkan kata-kata. "Ibu pun rindukan Humaira...." Ungkap Zarina bersama esakan.

"Maafkan Humaira, bu...Hu..maira tak dapat bersama ibu..."

"Jangan kata begitu sayang...tak baik.." Hati Zarina di palu resah apabila mendengar kata-kata Humaira. Humaira anaknya. Dia tidak rela berpisah lagi dengan Humaira setelah tujuh belas tahun menanggung rindu. Ya! Memang dulu dia jahil. Kata-kata Hisyam, bekas suaminya di turuti tanpa bantahan. Lelaki itu mengatakan bahawa Humaira anak sial yang bakal melumpuhkan perniagaannya. Dengan keadaan Humaira yang cacat, dia percaya akan kata-kata suaminya itu. Oleh sebab itu, dia memberikan Humaira kepada Mak Esah. Setelah sepuluh tahun berlalu, Hisyam meninggalkannya dengan menggelapkan duit syarikat perusahaannya.

‘Alangkah bodohnya aku!’ Bisik Zarina di dalam hati. Mengenali Hisyam umpama mimpi ngeri baginya. Dia sanggup membuang anak sendiri kerana terlalu mengikut hati.

"Ibu...ibu...." Ungkap Humaira perlahan. Pandangannya kabur. Sakit di dada terasa menusuk-nusuk. Tetapi hatinya di hiasi kegembiraan. Dia tahu, dia tidak akan menanggung kesakitan ini lagi nanti. Dia akan aman dan tenang di ‘alam’ itu. Perlahan-perlahan dia menutup mata.

"Humaira!!!!!!!!!!"

‘Segalanya indah di sini...ibu, jangan risaukan Humaira..Humaira dah bebas..maafkan Humaira kerana tak dapat bersama ibu...maafkan Humaira, mak..Humaira tak sempat nak ucap terima kasih kepada mak...ayah, maafkan Humaira ayah...dan kak Zulaikha...Humaira sayangkan kakak..Humaira maafkan kakak seikhlas hati... Selamat Tinggal semua...’


Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Thursday, July 3, 2008

Diari Wardina

Diari Wardina

Hasil Karya: Leen_Qadida
Disenarai Pada: 15 July, 2004

Wardina meluru ke kamar lalu menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Airmatanya deras mengalir. Esakannya semakin kuat. Iefa yang sedang asyik membelek-belek majalah ‘Nona’ di ruang tamu rumah sewaan mereka agak kehairanan melihat gelagat aneh Wardina. Dengan pantas Iefa menuju ke kamar Wardina lalu mendekati sahabatnya itu.

“Dina, kau tak apa-apa?” Esakan Wardina semakin kuat.

“Dina, kenapa dengan kau ni? Apa yang dah berlaku? Cakaplah!” Iefa mendesak.

Wardina bingkas bangun. Jarinya mengesat lemah airmata yang mengalir laju di pipinya. Dia berpaling ke arah Iefa sambil membetulkan kedudukannya.

“Iefa, aku dah tak tahan! Aku tak tahan!!!!” Ujar Wardina sambil tersedu-sedan.

“Tak tahan? Tak tahan apa?”

“Haikal tu… tak habis-habis bercerita tentang girlfriend dia pada aku!”

“Laaa… apa hal pulak? Takkan kau cemburu kot? Biarkanlah dia orang tu.”

“Kau tak faham, Iefa!”

“Tak faham? Hei,Dina! Kau ni macam ada taruh hati kat Haikal je! Betul ke, Dina?”

“Baiklah, Iefa. Demi persahabatan kita, aku berterus-terang saja pada kau. Iefa, sebenarnya dah lama dah. Tapi aku simpan kat hati je.”

“What?!!! Maksud kau... kau dah lama jatuh hati pada si Haikal tu?” Iefa merenung tepat kedua-dua biji anak mata Wardina bagai tidak percaya. Wardina tertunduk sambil menahan malu. Dia sendiri tidak menyangka yang akhirnya dia terpaksa juga membongkar rahsianya itu kepada Iefa. Sebelum ini dia pernah bertekad untuk tidak akan sekali-kali membocorkan rahsianya itu kepada sesiapa mahupun sahabat baiknya sendiri.

“Dina, kenapa kau tak bagi tahu aku tentang hal ni dari dulu lagi?”

“Aku malulah, Iefa. Lagipun kau bukan tak tau. Si Haikal tu hanya sahabat baik aku. Dah hampir empat tahun kita orang menjalinkan persahabatan.”

“Hai… Dina… Dina!!!! Aku betul-betul tak sangka. Dalam diam kau jatuh hati kat jejaka idaman Malaya tu? Bestfriend sendiri pulak tu! Tak terfikir betul aku sebelum ni. Mana tak… aku tengok kau orang berdua tu steadyyyyy… jek! Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Pandai betul kau berlakon depan kita orang semua ye Dina? Kalaulah aku ni wartawan, nak aje aku isytiharkan berita hangat ni dalam Buletin Utama kat Duniamu TV3 tu! Mesti gempak punya kalau member-member lama kita tahu!” Iefa berseloroh. Hilai tawanya galak berderai.

Tidak terlintas di fikirannya sebelum ini bahawa Wardina ada menyimpan perasaan terhadap Haikal. Wardina dan Haikal memang terlalu akrab. Mereka mula mengenali antara satu sama lain sewaktu sama-sama menuntut di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Mereka umpama belangkas. Ke sana ke mari pasti berdua. Pernah juga Wardina dan Haikal diusik oleh pelajar-pelajar lain tentang keakraban mereka yang dikatakan begitu secocok seandainya mereka menjadi sepasang kekasih. Namun, itu semua dianggap tidak lebih daripada gurauan. Mereka semua amat memahami antara Wardina dan Haikal merupakan dua orang sahabat baik yang agak lincah dan dikenali dalam kalangan penghuni kampus. Oleh sebab itulah Iefa berasa agak terkejut dengan pengakuan Wardina sebentar tadi.

“Iyalah… kau ketawakanlah! Sampai besok pagi pun tak apa. Tak guna punya member!!!!!” Wardina menggetap bibir. Matanya menjeling tajam ke arah Iefa yang sedang galak mentertawakannya.

“Ala… rilexlah! Janganlah marah-marah,kak Long! Nanti kena jual karang!” Tawa Iefa semakin galak. Tangannya menekan perut kerana menahan gelak.

“Adoiiiiii… sakit perut aku! Ok… ok… ok… I’m really sorry. Aku bukan sengaja nak gelakkan kau, Dina. Cuma… aku betul-betul tak sangka yang kau cintakan Haikal selama ni. Kalaulah si Haikal tu tahu… aduh… terkejut beruk Mat handsome tu dibuatnya. Iyalah… orang yang disangka sahabat baik, rupanya memendam perasaan cinta pada dia. Hah… Haikal macam mana? Dia tahu ke?”

“Dahlah! Malas aku nak layan kau.” Wardina merajuk.

“Panjangnya muncung… macam todak! Tapi aku tengok macam muncung Mak Wok kat majalah gila-gila tu pun ada jugak! Hei… janganlah macam tu. Nanti abang Haikal lari tau!” Iefa mengusik nakal. Wardina tersenyum sipu.

“Kau ni ada-ada je. Kalau Haikal dengar… macam mana? Hei, Iefa! Aku nak ingatkan kau awal-awal… kau tolonglah jangan usik aku macam tu depan si Haikal. Kau ni bukan boleh dipercaya sangat. Silap haribulan, habis rahsia aku semua terbongkar! Sebab tulah aku rahsiakan hal ni pada kau dulu. Mulut kau tu… macam mulut tempayan!”

“Hishhh… Teruknya! Sampai hati kau cakap aku macam tu. So… kau tak percayakan akulah, Dina? Apalah member! Hei... sebecok-becok aku pun, tak tergamak aku nak malukan kawan sendiri tau!” Giliran Iefa pula merajuk.

“Alahaiiii… sorrylah, Iefa.Tak sangka pulak aku yang kau ni pandai merajuk jugak, ye?!”

“Apa?! Kau ingat kau sorang je pandai merajuk?Aku pun pandai merajuk jugak tau! Heh!!!!!!” Sempat juga Iefa membuat lawak antarabangsanya itu. Wardina tertawa kecil melihat gelagat lucunya.

“Oklah… I’m sorry! Sebenarnya, aku bukan apa, Iefa. Kalau boleh aku tak nak Haikal tahu tentang perasaan aku ni pada dia. Aku malu, Iefa. Aku pun tak tahu macam mana perasaan ni boleh hadir. Mesti kau kutuk akukan? Iyalah… ada ke jatuh cinta dengan sahabat baik sendiri. Macam tak ada lelaki lain pulak.” Iefa segera berpaling ke arah Wardina yang sedang tunduk muram.

“Dina, aku faham. Actually, kau janganlah ingat aku nak kutuk kau. Aku tahu niat kau tu ikhlas. Lagipun bukan kau yang minta. Perasaan unik tu hadir tanpa diundang. Ini semua kuasa Allah. Benda ni normal, Dina.”

“Tapi, dia dah ada yang lain. Aku betul-betul cemburukan dia, Iefa. Dia selalu bercerita tentang perasaannya terhadap kekasihnya, Norli tu kepada aku.”

“So… kerana itulah kau menangis tadi?” Iefa menduga.

“Hati mana yang tak terkilan, Iefa! Kalau orang yang kita cintai menjadikan kita sebagai tempat untuk dia meluahkan perasaan terhadap orang lain. Aku dah tak dapat bersabar lagi. Bertuah si Norli tu kerana memiliki orang seperti Haikal. Iefa, kau rasa,aku bertepuk sebelah tangan ke? Aku perhatikan dari gerak–geri Haikal, dia tak ada sedikit pun menunjukkan reaksi yang dia pun berperasaan seperti aku. Macam mana aku nak hadapi semua ni? Apa yang harus aku buat, Iefa?” Iefa melepaskan satu keluhan panjang. Dia merenung wajah kusam Wardina dengan rasa simpati.

“Entahlah, Dina. Aku tak mampu nak tolong kau. Cuma... apa yang aku nak sampaikan pada kau ni, aku harap kau tak tersinggung. Kau pun tahukan yang Haikal tu dah ada pilihan hatinya sendiri. Aku tengok, dia memang sayang gile kat makwe dia yang sorang tu. Jadi, kau mesti fikir, kalau dia pun suka kat kau… dia takkan cari yang lain. Dan dia akan berusaha memikat hati kau. Kau juga mesti ingat, dia tu sahabat baik kau dan dalam masa yang sama dia adalah insan yang sangat kau cintai. So, kalau benar cinta kau suci, biarkan mereka bahagia. Walaupun kau mungkin gagal memiliki dia tapi hakikatnya kau berjaya kerana sikap timbangrasa kau tu. Cuma… satu perkara kau harus ingat.Qada' dan Qadar kita di dunia ni Allah yang tentukan. Jodoh, pertemuan dan ajal terletak di tanganNya. Kalau ada jodoh kau dengan dia, tak akan ke mana.”

Wardina terkaku seketika. Pandangannya dilarikan ke anak mata Iefa. Dia amat terharu mendengar setiap pengucapan kata-kata yang keluar daripada bibir sahabatnya itu.

“Iefa, terima kasih atas nasihat kau tu. Mungkin ada benarnya kata-kata kau tu. Kita tak sepatutnya mengikutkan sangat perasaan kitakan? Kau telah menyedarkan aku, Iefa.” Iefa tersenyum puas sambil memaut mesra bahu Wardina.

***********************************

Wardina bergegas meluru ke arah Haikal yang setia menantinya di bawah pohon redup yang betul-betul mengadap pantai setelah meletakkan Kembara birunya di tempat yang sesuai. Hampir sebulan mereka tidak bertemu kerana masing-masing sibuk dengan kerja yang berlambak di pejabat. Semenjak Wardina dan Haikal menamatkan kursus Ijazah di UM, mereka jarang berjumpa. Kini, mereka telah pun menjawat jawatan masing-masing. Wardina sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah di salah sebuah Universiti di Kuala Lumpur di samping menguruskan perniagaan di restorannya. Manakala Haikal pula sering out-station sejak bergelar pegawai Arkitek.

“Kal, aku minta ampun sesangat kat kau.” Ujar Wardina setelah melabuhkan punggungnya bersebelahan Haikal. Dia segera mencapai air tin yang berada di atas meja yang diperbuat daripada kayu balak itu kerana terlalu kehausan. Sampai tersemput-semput Wardina dibuatnya. Mana tidaknya,dia telah berlari-lari anak untuk sampai ke situ sebentar tadi.

“Lambat lagi. Kali ni, apa pula alasan kau datang lambat?” Tangan Haikal pantas meleraikan cerutan tali lehernya akibat kepanasan. Mana tidaknya, hampir satu jam dia menunggu sahabatnya yang seorang itu.

“Sorrylah, Kal. Aku bukan sengaja. Si Iefa mengamukkan aku kat rumah tadi. Mana tak... habis baju dia aku dah hanguskan. Bukan aku sengaja. Dia pun satu. Yang dia biarkan baju vouge dia tu kat atas meja tu apasal?! Aku tak nampak. Aku pun dengan tak sengaja terletaklah seterika yang tengah panas membara tu kat atas baju dia. Lagipun aku nak cepat masa tu. Tak alih-alih, lepas je aku habis mandi…. si Iefa dah terpekik terlolong kat luar. Aku ingatkan anak dara sorang tu terkena histeria ke apa… rupa-rupanya tengah melalak menatap baju dia yang dah terlopong tu. Almaklumlah… baju beli kat luar negaralah katakan. Mengamuk sakan dia kat aku tadi.”

Haikal tidak dapat menahan gelak apabila mendengarkan celoteh panjang Wardina yang agak menggelikan hatinya itu. Wajah tampannya bertukar menjadi merah kerana menahan ketawa. Kelakuan Wardina sejak dulu lagi memang begitu. Ada sahaja cerita-cerita menarik daripada gadis berperwatakan manja itu yang boleh membuatkan Haikal tidak kering gusi mendengarnya.

“Kesiannya… aku pada kau, Dina. Tak pasal-pasal kena jadi mangsa amuk dek member sendiri. Adoiiii… kau orang ni tak habis-habis mencetuskan lawak antarabangsa korang tu.” Haikal menyambung gelaknya sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Itulah pasal! Kesian aku kan? So… kau dah tak marahkan aku lagilah ni?”

“Tidak… Profesor Wardina binti Mirnawan oiiii….!!” Sahut Haikal panjang sambil mengusik manja.

“Iye ke? Kalau macam tu… kaulah kawan aku dunia akhirat.” Puji Wardina sambil tersenyum lebar, sekadar mengambil hati orang yang amat dikasihinya itu. Wardina memang bijak melindungi perasaan terpendamnya itu terhadap Haikal. Dia seboleh-bolehnya cuba mengawal perasaan gemuruh yang melanda kalbunya itu setiap kali berhadapan dengan Haikal agar dia tidak kehilangan kata-kata. Dia telah bertekad tidak akan sekali-kali membiarkan rahsianya itu terbongkar. Wardina rela meskipun tindakan itu akan membakar dirinya sendiri.

“Ha… kenapa kau nak jumpa aku sangat ni? Ada hal penting ke?” Tanya Wardina.

“Oh… hampir terlupa aku nak bagi tahu kau. Sebenarnya tak adalah penting sangat hal yang aku nak sampaikan pada kau ni. Cuma, aku ada satu berita gembira. Tak lama lagi aku akan jadi raja sehari!”

“Apa? Kau nak kahwin?” Wardina terkejut bukan kepalang. “Oh!… errr… dengan siapa? Norli ke?”

“Iyalah! Habis… dengan siapa lagi? Takkan dengan kau kot?” Seloroh Haikal tidak diendahkannya. Kata-kata itu benar-benar menyentuh hati perempuannya.

“Tapi, bukannya sekarang. Tengoklah… kalau tak ada aral melintang, mungkin bulan depan. Aku cuma merancang je dulu. Keluarga aku nak datang merisik. Kalau keluarga belah perempuan setuju… hah! Kahwinlah aku!”

“Oh… .baguslah kalau macam tu. Aku tumpang gembira, Kal. Aku doakan kau dan Norli kekal bahagia. Kalau buat majlis nanti… jangan lupa jemput aku!”

“Eh, of course! Kalau kau nak tahu, kaulah orang pertama yang aku bagitahu berita gembira ni tau. So, kau pula, bila lagi, Dina? Dah nak masuk 4 tahun aku kenal kau. Tak pernah pula kau ceritakan pada aku tentang boyfriend kau? Hei… takkan dengan aku pun nak berahsia!”

Wardina sebak mendengar setiap kata-kata yang terluncur daripada bibir Haikal. Airmatanya seakan mahu menitis namun cuba ditahannya. Dia harus kuatkan semangat menerima pengakuan Haikal itu agar tidak sampai mengalirkan airmatanya di situ. Segala-galanya telah jelas kini. Kadangkala dia malu pada dirinya sendiri kerana mendambakan cinta yang tidak pasti daripada sahabat baiknya sendiri sehingga tidak mahu menerima lelaki lain dalam hidupnya selain Haikal. Wardina tidak boleh terus lama di situ. Dia perlu beredar segera sebelum air jernih di kelopak matanya itu gugur ke bumi.

“Haikal, baru aku teringat. Sepatutnya hari ni aku ada appointment. Dah janji dengan client. So… I’m really really sorry. Aku terpaksa pergi dulu. Lainkali kita jumpa lagi, ye. Bye!” Kedengaran sebak suaranya mengucapkan kata-kata itu. Haikal tidak berpeluang untuk bertanya lagi. Wardina pergi bagaikan puting beliung. Terlalu laju. Mujur Haikal tidak mengesyaki apa-apa terhadap Wardina. Dia mula mengatur langkah untuk pulang. Tiba-tiba matanya terpandang ke arah sebuah beg kertas di atas tempat duduk Wardina sebentar tadi. Nampaknya Wardina terlupa untuk membawa begnya itu bersama.Haikal mencapai beg itu sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia membawa pulang sahaja beg itu ke rumahnya dan bertekad akan memulangkannya kepada Wardina sekiranya ada masa nanti.

************************

Bammmmmmmm….!!!!! Pintu bilik dihempas kuat. Haikal memetik pantas suis kipas lalu menghempas kasar tubuhnya ke atas katil bujangnya. Perasaan marah bercampur kecewa menyentak-nyentak nalurinya ketika itu. Dia merenung tajam ke arah kipas yang sedang ligat berpusing di siling. Ikutkan hati, mahu sahaja dia mencampakkan tubuh Norli ke arah kipas itu. Biar dia rasakan penangan akibat perbuatannya itu. Perasaan marahnya semakin menjadi-jadi apabila wajah Norli menjelma di ingatannya sekaligus mengingatkannya kembali pada peristiwa yang berlaku sebentar tadi.

“Norli!!! Siapa dia ni??!!! Haikal terus bertanya kepada Norli kerana inginkan kepastian sewaktu mereka terserempak di tempat letak kenderaan berdekatan dengan pusat membeli-belah. Haikal telah bergegas meluru ke arah Norli setelah dilihat dengan mata kepalanya sendiri, kekasihnya itu berjalan sambil berpeluk-pelukan dengan lelaki yang tidak dikenalinya. Wajah Norli kelihatan pucat kemerahan menahan ketakutan kerana rahsianya telah terbongkar.

Kala itu, Haikal tidak dapat menahan kemarahannya atas perlakuan curang Norli lalu dia bertindak menampar pipi milik gadis itu tanpa perlu menunggu penjelasan daripada mulutnya lagi. Sejurus kemudian, tumbukan hebat daripada teman lelaki Norli pula hinggap tepat ke arah muka bengis Haikal. Haikal terduduk sambil menahan kesakitan. Darah akibat tumbukan itu mula mengalir keluar malalui mulutnya. Dia benar-benar rasa tercabar lalu cuba membangkitkan semula tubuhnya dengan perlahan-lahan sambil tangannya pantas mengesat sisa darah di bibirnya. Haikal membalas tumbukan lelaki itu dengan kuat membuatkan dia tercampak ke arah tembok batu di situ. Hatinya semakin panas apabila melihat perlakuan Norli yang lebih menyebelahi lelaki itu. Kala itu, Haikal berasa cukup terhina. Dengan pantas, dia meluru ke arah lelaki yang telah berada di pangkuan Norli itu untuk cuba berlawan lagi dengannya.

“Haikal, stop it!!! Please give me a chance to explain!” Haikal terhenti.

“Kau nak explain apa lagi?! Depan mata aku, Norli!! Aku dah tak nak dengar lagi! Sekarang, baik kau cakap… siapa yang kau pilih? Aku atau jantan keparat ni?!!!”

“Baiklah… Aku minta maaf Haikal sebab aku telah merahsiakan hal ni daripada pengetahuan kau. Kalau kau nak tahu, dialah bakal tunang aku. Kami akan bertunang tak lama lagi. Sebenarnya dah lama aku nak bagi tahu kau tentang hal ni tapi aku tak sampai hati. Aku tahu kau terlalu baik pada aku. So… sekarang kau dah fahamkan? Aku harap, cukup sampai di sini sahaja hubungan kita. I’m sorry, Kal.” Tegas Norli dengan nada perlahan.

Wajah Haikal serta-merta berubah menjadi pucat dan merah. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. ‘Sampai hati kau, Norli. Setelah sekian lama kasih sayang yang ku berikan hanya untuk kau, ini balasan kau terhadap aku! Kejam sungguh dirimu!’ Dada Haikal benar-benar sebak. Airmatanya seakan mahu gugur namun ditahannya lantaran keegoannya sebagai seorang lelaki. Dia bertekad tidak akan tunduk kepada perempuan.

Lamunan Haikal tersentak apabila bibirnya terasa pedih.Pedihnya luka itu tidak dapat menandingi luka di hatinya saat itu. Dia masih tidak mempercayai akan apa yang telah terjadi. Kasih sayang yang dicurahkan kepada Norli selama ni ternyata sia-sia. Dia menjadi benci kepada Norli. Meskipun agak sukar untuk dia melupakan gadis itu namun Haikal bertekad tidak akan sekali-kali berpaling kembali. Dia pasrah. Tiba-tiba matanya tertancap ke arah sebuah beg kertas yang tersangkut kemas di belakang pintu biliknya. Sudah hampir seminggu beg itu tersadai di situ tanpa disentuh.

Hatinya berdetik untuk mengetahui isi beg itu lantas mencapainya. Haikal mengeluarkan sebuah diari biru yang sangat cantik milik Wardina itu dari dalam beg kertas tersebut. Entah mengapa, hatinya meronta untuk membacanya. Dia tertarik untuk cuba membaca serangkap coretan yang ditulis dengan menggunakan pen berwarna merah hati di dalam diari itu.

“Bagaimana harus aku menyatakan hal yang sebenarnya? Mungkinkah impian ini hanya akan berlalu dan lenyap seperti mimpi? Aku tak sanggup ambil risiko. Seandainya Haikal tahu cintaku terhadapnya, aku bimbang Haikal tidak dapat menerimanya. Pasti persahabatan yang telah kita bina sekian lama akan musnah bagaikan debu. Aku tak sanggup kehilangan Haikal. Daripada aku akan kehilangan Haikal, lebih baik aku pendamkan sahaja perasaan ini. Biarlah cinta ini akan terus kekal menjadi rahsia. Aku rela. Bagi diriku, cinta adalah sekali seumur hidup. Haikal merupakan satu-satunya lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati ini setelah sekian lama terkunci. Dialah cinta pertamaku. Andainya tiada jodoh antara kami…. biarlah aku pasrah pada takdirnya. Aku berserah pada Allah untuk menentukan masa depanku. Aku akan cuba menerima sesiapa sahaja yang sudi mengisi kekosongan hati ini dan menerima lamaran mereka. Semoga ikatan perkahwinan itu bisa membunuh segala harapan yang tiada kepastian. Biarlah… kalau jodoh kita bukan di dunia, Aku bermohon pada Allah agar kita akan dipertemukan di syurga kelak, Haikal”

Haikal tergamam. Diari itu ditutupnya semula. Dia tidak menyedari yang airmatanya telah mengalir sewaktu sedang leka membaca luahan hati Wardina itu. Haikal mengesat airmatanya itu dengan perlahan. Saat itu, dia merasakan dirinya seolah-olah berada di alam mimpi. Haikal seperti tidak percaya dengan apa yang telah dibacanya. Tidak terbenak pun di fikirannya selama ini bahawa Wardina memendam suatu perasaan terhadap dirinya. Selama ini, dia fikirkan Wardina hanya menganggapnya tidak lebih daripada seorang kawan baik. Meskipun telah hampir empat tahun mereka berdua menjalinkan persahabatan namun Haikal tidak pernah langsung menyedari akan perasaan suci yang lahir dari hati sahabatnya itu.

‘Bijak sungguh Dina menyembunyikan perasaannya itu terhadap aku.’ Detik hati kecilnya bagai tidak percaya sambil kepalanya digeleng perlahan. Dia tersenyum sendirian. Perasaan terharu tidak dapat digambarkan kala itu. Kini, bayangan wajah Norli dan Wardina bersilih ganti di fikirannya.

******************************

“Ya Allah, Ya Rabbi…! Apa dah jadi dengan rumah ni, Dina? Kau mengamuk ke? Habis barang-barang dalam rumah ni berkecah! Astaga! Dah macam tempat kucing beranak dah rumah ni!” Iefa merungut apabila melihat keadaan di sekeliling ruang tamu yang berkecah itu.

“Iefa, kau ada nampak tak diari aku? Kat mana entah aku letak. Tak ingat betul aku!”

“Laa…. cari diari rupanya. Cari diari pun dah macam kena rasuk polong! Dasyat betullah kau ni!”

“Cepatlah, Iefa! Kau ada nampak tak kat mana aku letak diari biru kesayangan aku tu?” Wardina semakin tidak tentu arah. Tangannya pantas sahaja menyelongkar semua buku-buku di dalam almari.

“Manalah aku tahu. Sepanjang aku duduk kat rumah ni dengan kau… tak pernah langsung aku sentuh diari kau tu. Macam mana rupa diari kau tu pun aku tak tahu. Inikan pula aku nak ambil.”

“Alamak!!! Habislah aku macam ni. Siapa pulak yang ambil diari aku tu? Pelik betul aku.Tak kanlah diari aku tu lari pulak?”

“Eh… mana tau tiba-tiba je diari kau tumbuh kaki! Hahahahahaha…..!” Iefa berseloroh.

“Apasal? Penting sangat ke diari tu? Aku tengok kau cari diari dah macam cari orang! Barang-barang kat rumah ni juga yang jadi mangsa. Alahaiiiiiiiii… dahlah aku ni penat, Dina. Bertambah penat aku bila tengok keadaan rumah ni tau! Sudah! Aku tau, kau kemas rumah ni sorang-sorang macam sediakala. Aku tak sanggup….!” Iefa terus meluru ke bilik dengan selamba.

“Iefa, teruklah kau ni! Bukannya nak tolong carikan ke apa! Selamba dek jek muka dia masuk bilik! Aku tengah risau ni tau! Diari tu penting. Kalau tercicir, mampus aku dibuatnya!!!!” Wardina terjelepuk keletihan. Bibirnya digetap tanda geram yang teramat. Dia mengesat peluh yang memercik di dahinya. Sejurus kemudian, telefon di ruang tamu berdering. Wardina bangkit dengan lemah menuju ke arah telefon yang terletak di atas meja bulat.

“Hello!!!! Siapa tu??!!!" Jawab Wardina separuh menengking.

“Ya Allah… kenapa dengan kau tu, Dina? Nak pecah gegendang telinga mama ni dibuatnya.”

“Errr… Mama! Ada apa hal ni, Ma?”

“Yang kau tu apa hal pulak? Kau bergaduh dengan si Iefa ke?”

“Eh, tak adalah, Mama. Dina cuma tension je ni. Diari Dina hilanglah, Ma. Mama ada nampak tak?”

“Laa… yang kau tanya Mama apa kena? Mama tinggal serumah dengan kau ke?”

“Dina risaulah, Ma. Mana entah pergi diari Dina tu? Dina betul-betul lupa tentang diari tu sejak kebelakangan ni. Entah macam mana tadi, Dina teringat semula. Bila Dina tengok kat dalam laci, diari tu dah tak ada kat situ. Diari tu penting, Ma.”

“Macam manalah anak Mama ni? Cuai tak sudah-sudah! Dina letak kat mana? Jangan-jangan tercicir tak?”

“Ala… kalau tercicir, habislah Dina!” Wardina bertambah risau. Jarinya ligat menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Sudahlah tu, Dina. Kau jangan risau lagi. Nanti taulah Mama belikan yang baru. Yang lebih cantik, ya?” Puan Fuziah cuba melegakan perasaan anak perempuan tunggalnya itu.

“Senang je Mama cakap! Mama ingat diari tu boleh senang-senang je ditukar ganti macam kita tukar baju?” Ujar Wardina dengan nada merajuk.

“Okeylah. Mama minta maaf. Mama bukannya sengaja. Macam nilah, esok… masa Dina nak pergi mengajar kat kampus nanti, Dina cuba cari betul-betul kat sana. Manalah tau kot-kot Dina tertinggal kat bilik kuliah semasa sedang mengajar ke? Nanti Mama cuba pulak carikan diari Dina tu kat rumah Mama ni. Mungkin Dina tetinggal kat sini.” Wardina hanya membisu.

“Sebenarnya, Mama ada hal penting nak dibincangkan dengan Dina ni.”

“Hal apa pulak tu, Mama?”

“Macam ni… semalam ada orang datang ke rumah kita untuk merisik tanya tentang anak gadis Mama ni.”

“Merisik? Dina tak berapa jelaslah, Ma.” Wardina masih ragu-ragu.

“Mama telefon ni pun sebab nak tanya dengan diri Dina sendirilah sama ada Dina setuju atau tidak menerima lamaran mereka semalam.”

“Apa? Ada orang datang melamar Dina? Mama tak bergurau ke ni?”

“Ya, sayang! Macam mana? Apa keputusan Dina? Dina bersetuju?”

“Iyalah, Mama bukan apa… usia Dina pun dah meningkat dewasa. Dah 23 tahun pun anak dara kesayangan Mama ni. Jadi, elok benarlah kalau Dina mendirikan rumahtangga. Mama dan Papa tak kisah. Keluarganya pun terdiri daripada orang yang baik-baik. Mama berkenan sangat, Dina. Mama rasa, Dina pun tentu suka!” Jelas Puan Fuziah apabila dilihatnya Wardina hanya diam membisu. Nada suaranya jelas menunjukkan yang dia sangat mengharap agar anaknya itu berkahwin.

“Baiklah, Mama. Kalau Mama dan Papa rasakan yang ianya baik untuk Dina, terpulanglah pada Mama. Dina tak kisah. Lagi pun Dina memang belum berpunya.” Wardina tidak mahu berfikir panjang lagi. Dia perlu akur dengan janjinya untuk menerima sesiapa sahaja yang sudi melamarnya. Dia berserah nasibnya itu kepada Allah yang Maha Esa. Kalau lelaki itu telah ditakdirkan untuk menjadi suaminya, dia redha. Dia nekad akan cuba membuang jauh perasaan sucinya terhadap Haikal dan berusaha memupukkan perasaan itu pula terhadap bakal suaminya. Wardina pasrah. Kala itu, airmatanya telah gugur membasahi pipi gebunya. Mujur dia dan ibunya tidak berbincang secara bersemuka. Jika tidak, pasti ibunya dapat melihat airmatanya yang gugur satu persatu itu.

“Betul ke Dina bersetuju? Alhamdulillah, Dina. Tercapai juga hasrat Mama untuk melihat Dina berumahtangga. Mama bukan apa… kalau boleh, sebelum Allah mengambil nyawa Mama, Mama teringin nak melihat Dina bersuami dan melahirkan cucu-cucu Mama.”

“Mama janganlah cakap macam tu. Mama buat Dina takut je. Mama jangan bimbang. Dina benar-benar ikhlas menerima lamaran tu.” Ujar Wardina cuba meyakinkan Mamanya.

“Kalau macam tu, minggu depan… Dina bolehlah balik ke rumah untuk jumpa dengan bakal suami Dina tu nanti.” Puan Fuziah memberi cadangan.

“Mama, walaupun Dina dah setuju menerima lamaran mereka, tapi Dina rasa, Dina masih mempunyai hak untuk membuat keputusan Dina sendirikan? Sebenarnya, Dina ada satu permintaan. Dina harap, Mama boleh menerima permintaan Dina ni. Buat masa ni, Dina tak mahu lagi berjumpa dengan bakal suami Dina tu. Kalau boleh, Dina tak mahu melihat dan berjumpa dengan dia sehingga hari akad nikah nanti.”

“Eh, kenapa macam tu pulak, Dina?”

“Mama, Dina harap Mama menghormati keputusan Dina ni, ya Mama? Okeylah, Ma. Dina ada kerja lain ni. Nanti kita bincang lagi, ya? Assalamualaikum, Ma.” Dina meletakkan gagang dengan serta-merta. Puan Fuziah berasa aneh dengan permintaan Wardina sebentar tadi. Setelah meletakkan gagang telefon, dia terus tertawa kecil sambil mengeleng-gelengkan kepalanya kerana agak gelihati dengan keletah anak gadisnya itu.

********************************

Dada Wardina berdebar kencang. Sebentar sahaja lagi rombongan pengantin lelaki akan sampai. Wardina yang telah siap didandan oleh Mak andam yang ditempah khas kelihatan menawan sekali pada hari itu. Dengan mengenakan pakaian pengantin berwarna hijau dihiasi labuci–labuci kilat, menambahkan lagi seri pengantin di wajahnya. Namun begitu, hari bersejarah yang sepatutnya disambut dengan meriah dan istimewa itu tidak langsung dirasainya. Kala itu, hanya Allah yang mengerti gelodak yang ada di hati kecilnya. Persoalan timbul di benak Wardina, mungkinkah ikatan perkahwinan ini akan membuahkan kebahagiaan?

Wardina bertambah sayu apabila mengingati semula peristiwa pada bulan lepas sewaktu dia bertemu Haikal bagi menyatakan hasratnya untuk berkahwin. Saat itu, dia menuduh Haikal betul-betul seorang manusia yang tidak mempunyai perasaan. Dia telah pun mengetahui yang Haikal baru sahaja putus cinta dengan Norli. Oleh sebab itulah dia berjumpa Haikal dengan harapan Haikal akan cuba menghalangnya daripada mengahwini lelaki lain. Segala harapannya itu umpama mimpi. Sebaliknya Haikal menyambut gembira berita sedih itu. Wardina berasa pahit sekali untuk menelan segala kepedihan itu. Dia benar-benar terkilan dengan sikap Haikal. Ternyata selama ini dia memang bertepuk sebelah tangan.

Suara kompang telah mula bertalu menandakan mempelai lelaki telah sampai. Degupan jantung Wardina semakin kencang. Dia sendiri bagai tidak mengerti mengapa terjadi sedemikian. Kemungkinan dia terlalu berdebar menantikan kemunculan bakal suaminya itu kerana mereka berdua belum pernah lagi dipertemukan dan mengenali antara satu sama lain. Memanglah terasa lain macam. Apabila difikir-fikir semula, tindakannya itu memang tidak masuk akal. Mujur keluarga pihak lelaki tidak merungut atau meragui sesuatu ke atas tindakan anehnya itu selama ini.

Suara hiruk–pikuk para jemputan serta sanak saudara di luar semakin kuat kedengaran. Terdapat suara-suara yang memuji akan ketampanan mempelai lelaki dan ada juga yang mengusik-usik dengan berbagai-bagai usikan. Wardina menanti kedatangan pengantin lelaki ke biliknya dengan penuh debaran. Sebentar sahaja lagi, dia akan sah bergelar isteri orang. Saat itu, bayangan wajah Haikal semakin bermain-main di fikirannya. Matanya melilau mencari kelibat Haikal melalui pintu biliknya yang sedikit terbuka.

Saat-saat yang dinantikan telah tiba. Pengantin lelaki telah mula diarahkan masuk ke kamar untuk bertemu dengan pengantin perempuan bagi menjalankan upacara pembatalan air sembahyang. Wardina hanya mampu menundukkan kepalanya. Perasaan bersalah bercampur malu timbul secara tiba-tiba dibenaknya sehingga menjadikan dia tidak berupaya untuk menatap wajah itu. Setelah cincin tersarung di jari manisnya,Wardina mencium tangan suaminya itu sambil memohon restu. Wardina nekad. Dia tidak peduli. Kali ini dia mesti memandang wajah suaminya itu dan memberikan senyuman yang cukup menawan sekaligus menebus segala kesilapan terhadap tindakan bodohnya selama ini. Namun begitu, belum sempat pun Wardina mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba suaminya telah terlebih dahulu menghulurkan sebuah diari yang amat dikenalinya itu kepadanya.

Wardina tersentak. Pandangannya segera dialihkan ke wajah lelaki yang berada di hadapannya itu dengan pantas. Sekali lagi dia terkaku. Dia merenung tepat ke anak mata Haikal dengan seribu tanda tanya. Wardina cuba memerhatikan ke sekeliling ruang bilik itu bagi memastikan yang dia tidak bermimpi ketika itu. Haikal tersenyum nakal. Wardina tidak lagi menghiraukan keadaan di sekelilingnya. Lidahnya kelu untuk mengeluarkan kata-kata. Tubuhnya seakan kejang. Dia berterusan merenung kaku ke arah Haikal yang segak berpakaian pengantin, sedondon dengan pakaiannya.

Seluruh para jemputan bagaikan terpukau. Mereka semua turut terkaku menyaksikan gelagat aneh kedua-dua mempelai itu. Ibu dan bapa Wardina saling berpandangan lalu kedua-dua mereka tertawa kecil akibat tidak dapat menahan perasaan lucu mereka apabila melihat aksi anak gadis mereka itu. Sememangnya mereka telah dapat menduga dari awal bahawa perkara ini pasti akan terjadi. Bijak sungguh papa dan mama Wardina mengatur rancangan ini bersama-sama keluarga Haikal. Rupa-rupanya keluarga Haikal dan keluarga Wardina telah sama-sama bersepakat untuk membuat satu kejutan pada Wardina selepas saja mengetahui akan permintaan Wardina dahulu. Silap Wardina juga kerana tidak mahu langsung melihat wajah bakal suaminya sebelum ini.

Air mata Wardina telah mula mengalir dipipinya tanpa sedar. Dia benar-benar tidak dapat menahan perasaan terharu yang tersimpan di sanubarinya. Sekilas itu, dia teringatkan kembali kata-kata sahabat baiknya,Iefa. - “Kalau ada jodoh kau dengan dia, tak akan ke mana.” Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya. Dengan serta-merta Wardina mencari-cari kelibat Iefa. Matanya terpandang tepat ke arah Iefa yang sedang berdiri di muka pintu sambil mengukirkan senyuman yang cukup bermakna kepadanya. Dia membalas senyuman Iefa sambil mengesat perlahan airmata di pipinya. Iefa sempat mengusik nakal dengan mengenyitkan matanya ke arah Wardina. Saat itu, Wardina dapat melihat air jernih yang turut mengalir di pipi Iefa seolah-olah Iefa sendiri dapat merasakan kegembiraan yang sedang dialaminya.

“Terima kasih kerana sudi menerima lamaran Haikal. Mulai hari ni, tak akan ada sesiapa yang boleh memisahkan kita. Ambillah diari ni. Aku minta maaf kerana telah membacanya tanpa keizinan kau. Anyway… I love you, sayang!” Haikal mengucup lembut dahi Wardina.

Wardina semakin sebak. Dia benar-benar rasa terharu sehingga membuatkan dia tidak dapat menahan airmatanya daripada terus mengalir. Dia menyambut diarinya itu daripada genggaman Haikal sambil membalas senyuman Haikal yang cukup bermakna itu. Wardina memanjat kesyukuran pada yang Esa di atas segala ketentuanNya. Kini, barulah dia benar-benar dapat merasakan kenikmatan menjadi raja sehari sekaligus memenuhi impiannya selama ini untuk menjadi permaisuri hidup Haikal.

‘Hakcipta terpelihara’
-Hafizah/Leen_Qadida-
(February 2001)


Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net